Manfaatkan Masa Dengan Membaca

MANFAATKAN MASA DENGAN MEMBACA

Oleh: Asri Ad-Diwanie

Semasa menunggu penerbangan ke Kota Bharu dari KLIA pagi tadi, YAB Ustaz Dato’ Bentara Kanan Menteri Besar Kelantan sempat lagi membuka begnya dan mendapatkan kitab atau buku yang sentiasa dibawa. Masa yang ada sering digunakan untuk membaca walau dimana sahaja beliau berada. Begitulah rutin beliau manfaatkan masa semasa di lapangan terbang.

Teringat kisah bekas Menteri Pertahanan Israel, Moshi Dayan yang mengarahkan sekutu mereka agar melekakan orang arab dengan nyanyian dan pawagam setelah menyedari akan kelemahan orang Arab pada ketika itu iaitu malas membaca, katanya;

“إن العرب لا يقرأون، وإذا قرأوا لا يفهمون، وإذا فهموا لا يستوعبون، وإذا استوعبوا لا يطبقون، وإذا طبقوا لا يأخذون حذرهم”

“Sesungguhnya orang Arab tidak mahu membaca, apabila membaca mereka tidak faham, apabila faham mereka tidak merenunginya, apabila sudah hayati tidak pula mereka beramal dengannya dan apabila mereka sudah beramal akan tetapi mereka tidak mengambil langkah berjaga-jaga terhadap musuh mereka”.

Namun, musuh juga tidak mengetahui bahawa apabila orang arab atau ajam apabila mereka gemar membaca dan mengambil faedah daripada ilmu tersebut, mereka pasti akan menggegar dan menguasai dunia !

Membacalah kerana ayat yang pertama diturunkan kepada kita umat Islam ialah IQRA’!

*Tulisan ini dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa pun dari tulisan asal penulis. Tulisan ini juga sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventy seven = eighty