KUIS Anjur Kayuhan Al-Quds 22 April Ini

KUIS Anjur Kayuhan Al-Quds 22 April Ini

Lajnah Al-Quds Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), akan menganjurkan sebuah program Kayuhan Al-Quds 2.0 bertempat di Masjid Hasanah pada 22 April ini.

Program yang dianjurkan dengan kerjasama antara beberapa NGO lain itu dijadualkan berlangsung selama dua jam bermula 7 pagi hingga 9 pagi.

Penganjuran pogram tersebut adalah bertujuan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat awam mengenai Al-Quds melalui aktiviti-aktiviti kemasyarakatan.

Selain itu, satu wacana Al-Quds akan diadakan malam ini di Masjid Kompleks Pertanian Serdang sebelum acara Larian Al-Quds dilancarkan secara rasminya Sabtu nanti.

Pengerusi Lajnah Al-Quds Malaysia, Abdul Khalil Abdul Hadi antara tetamu jemputan program mewakili KUIS.

Terdahulu, acara ini telah dianjurkan pada Mei 2016 lalu menyaksikan peserta kayuhan Al-Quds dilepaskan oleh Naib Presiden KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ forty five = 54