Henti Niaga Waktu Maghrib Tiada Masalah – Non Muslim

Henti Niaga Waktu Maghrib Tiada Masalah – Non Muslim

Sedangkan ayam dan itik pulang ke reban ketika Maghrib, inikan kita sebagai insan yang bijak.

Maghrib terlalu singkat jika dibandingkan dengan zohor dan asar malah waktu itu bukan ramai sangat pembeli, maka penutupan selama 10 minit langsung tidak membebankan mana-mana pihak.

Demikian menurut salah seorang peniaga kalangan bukan Islam, Teow Eh Law, 44 mengulas isu peraturan menghentikan perniagaan selama 10 minit bagi menghormati waktu Maghrib.

Mengulas isu sama, Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad menyeru semua pihak mencontohi peraturan tersebut sambil menyifatkannya satu perkara yang baik dan perlu dihormati.

“Kita meniaga, paling utama, kita wajib patuh pada suruhan Allah. Kalau tak sembahyang, hukumnya berdosa dan usaha pun tidak ada keberkatan.

“Mereka kerja swasta pun ada peraturan buruh untuk memberi ruang pekerja Islam menunaikan solat Jumaat, ada peraturan khas.

“Begitu juga waktu Maghrib dan solat Jumaat, sama-sama fardu,” katanya.

Peraturan tersebut telah diperkenalkan dan diterima baik di Kelantan sejak awal 1990-an.

Namun, pelaksaannya hari ini mendapat tentangan segelintir pihak sehingga mahu memfailkan tindakan undang-undang terhadap kerajaan Kelantan.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty two − fifty four =