Gabungan Tokoh Ulamak Intelektual

Gabungan Tokoh Ulamak Intelektual

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Zaman Nasionalisme Islam yang peringkat awal adalah di zaman Dr Burhanuddin Al-Hilmy dan Prof Dr Zulkifi Muhammad.

Gabungan tokoh ulamak Intelektual yang karismatik dengan pengalaman masing-masing.

Dr Burhanuddin Al-Hilmy yang sekian lama pernah bersama golongan kiri dan ulamak kaum Muda yang kemudiannya terkenal pula dengan kelembutan dan kehebatan dalam perubatan homoepathy dan tasawuf.

Prof Dr Zulkifli Muhammad, pelajar genius yang pernah mendapat tarbiyah dari Imam Hasan Al-Banna dan punyai pandangan tasawwur Islami kenegaraan yang tersangat ke depan.

Revolusi karisma mereka menyinarkan sintesis dalaman dan luaran yang membina identiti Parti Islam SeMalaysia (PAS) sehingga mempunyai kesan hari ini. Buah tangan Prof Dr Zulkifli Muhammad dengan anak didik di Kolej Islam Klang.

Manakala, legasi Dr Burhanuddin Al-Hilmy mencetus pelbagai variasi bersama kumpulan yang berlawanan idealogi dengan proses pengalaman siyasah realiti yang tidak ternilai harganya bagi generasi selepas itu.

Wah, hebat sejarah PAS ini dari sudut kesan tokoh yang berbeza tapi wujud di waktu yang sama.

*Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

ninety six − eighty six =