Rakyat Palestin Di Eropah Teruskan Tekanan Terhadap Zionis

Rakyat Palestin Di Eropah Teruskan Tekanan Terhadap Zionis

Persidangan rakyat Palestin di Eropah yang telah berlangsung di Rotterdam diadakan bagi menarik perhatian dunia terhadap penderitaan tahanan Palestin di penjara Israel ekoran mogok lapar besar-besaran yang telah diadakan rakyat Palestin baru-baru ini sempena “Hari Tahanan Palestin”.

Persidangan telah dihadiri oleh peserta dari seluruh benua Eropah, wakil-wakil persatuan Palestin, institusi dan organisasi dari dalam Eropah dan sebagainya.

Untuk pertama kalinya, acara ini didakan dalam dwi Bahasa termasuk bahasa Inggeris dan Bahasa Arab.

Persidangan tahunan yang ke-15 yang berakhir pada Sabtu lalu itu memberi penghormatan terhadap tahanan Palestin, dan menobatkan mereka sebagai pejuang kebebasan.

Selain itu, persidangan tersebut turut menuntut undang-undang antarabangsa supaya memberi tekanan kepada zionis.

Acara itu disertai beribu rakyat Palestin dari seluruh Eropah dan juga ahli-ahli politik Belanda, termasuk cendekiawan Arab bagi membincangkan isu-isu melibatkan perjuangan rakyat Palestin.

Antara topik yang dibincangkan ialah hak Palestin untuk kembali ke kediaman mereka setelah diusir keluar sejak tahun 1948, serta penempatan haram Israel di wilayah Palestin yang diduduki, dan keadaan pelarian.

Acara tersebut berjaya diadakan walaupun penganjur berhadapan dengan aktivis pro-Israel yang berusaha menghalang persidangan itu serta menyifatkannya sebagai perhimpunan pengganas.

Salah seorang rakyat Palestin selaku penasihat media, Hossam Shaker memberitahu bahawa dia melihat perhimpunan itu sebagai isyarat kesedaran dan tanggungjawab mereka terhadap nasib Palestin, terutama dalam keadaan politik semasa yang kritikal.

 

Dalama masa yang sama, aktivis wanita Itali Palestin, Iman Abu Shwemah, menekankan kepentingan penggunaan media sosial untuk menyalurkan maklumat kepada masyarakat Eropah dengan kisah-kisah Palestin dalam bahasa Eropah.

Acara itu juga turut disertakan beberapa bengkel, seminar dan pameran serta persembahan kebudayaan.

Naib Presiden Kesatuan Komuniti Palestin di Eropah, Ahmad Muhaisen, mengimbau kembali sejarah persidangan rakyat Palestin di Eropah yang pertama di London pada tahun 2003 dan berkata beliau tidak menjangkakan bahawa ia akan menjadi persidangan besar-besaran pada tahun-tahun akan datang.

Lebih 500 sukarelawan dari semua peringkat umur bekerja selama enam bulan untuk menganjurkan acara itu. Persidangan dijadualkan akan diadakan setiap tahun di ibu negara yang berbeza atau bandar di Eropah.

Persidangan pada Sabtu ini bertepatan dengan ulang tahun ke-100 Deklarasi Balfour, di mana kerajaan British menyatakan sokongan untuk penempatan negara Yahudi di Palestin, dengan mengorbankan penduduk asal warga Palestin.

SUMBER: http://www.aljazeera.com/indepth/features/2017/04/rotterdam-gathering-work-palestinians-rights-170416070946890.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION