KEPUTUSAN TIDAK RASMI: Kemenangan Berpihak Kepada Anies – Sandi

KEPUTUSAN TIDAK RASMI: Kemenangan Berpihak Kepada Anies – Sandi

Pilihan raya DKI pusingan kedua hari ini dimenangi pasangan calon no. 3, Anies Beswadan dan Sandiaga Salahuddin Uno.

Pengesahan tersebut diumumkan kira-kira jam 5 petang hari ini sejuruh selepas proses undian selesai.

Mantan Menteri Pendidikan dan Kebudayaan, Anies mencatatkan jumlah undi sebanyak 60 % mendahului saingan beliau, ahok yang hanya meraih 40%.

Kejayaan beliau walaubagaimanapun sudah dijangkakan rata-rata rakyat Indonesia selepas sokongan padu ditunjukkan sepanjang kempen berlangsung.

Namun demikian, keputusan sebenar akan diumukan pada Mei nanti.

Terdahulu, kajian menunjukkan persaingan sengit berlaku apabila penyandang Gabenor, Basuki Tjahaja Purnama atau Ahok, seorang penganut Kristian keturunan Cina, menghampiri jumlah undian yang diperoleh Anies Baswedan.

Sokongan terhadap Ahok semakin berkurang ekoran tindakan undang-undang yang sedang dihadapinya setelah beliau dengan sengaja mempersendakan agama Islam November tahun lalu.

http://buletinonline.net/v7/index.php/anies-menang-ahok-kalah/

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = 5