Aung San Suu Kyi Terus Nafi Realiti Pembersihan Etnik Rohingya

Aung San Suu Kyi Terus Nafi Realiti Pembersihan Etnik Rohingya

Pemimpin Myanmar, Aung San Suu Kyi terus menafikan realiti operasi pembersihan etnik Muslim Myanmar di wilayah bergolak Rakhine dengan berkata pembunuhan sesama Islam sedang berlaku.

Menurut Aung San Suu Kyi, tuduhan pembersihan etnik Rohingya adalah terlalu kasar digunakan menggambarkan situasi yang berlaku.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaporkan, tentera Mnyanmar telah melancarkan pembunuhan beramai-ramai pada Februari lalu.

Namun demikian, tentera turut menafikan tuduhan tersebut dan mendakwa ia merupakan operasi menangani pemberontakan yang sah.

Turut memberi reaksi sama ialah Penasihat Keselamat Myanmar yang baru dilantik, Thaung Tun mengulangi penafian yang dibuat oleh pemenang Nobel Peace Prize, Suu Kyi.

PBB walaubagaimanapun telah bersetuju untuk melaksanakan misi antarabangsa untuk menyiasat dakwaan tersebut namun ditentang oleh Myanmar.

Hingga kini, sejumlah 75,000 ribu orang etnik Rohingya menjadi pelarian di Bangladesh.

Terdahulu, PBB turut melaporkan lebih 30 ribu penduduk terpaksa menyelamatkan diri mereka meninggalkan rumah kediaman sebelum menjadi mangsa kezaliman di negara sendiri.

Manakala Disember lalu, Ketua Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR), John McKissick memberitahu bahawa tentera telah melakukan kezaliman dengan membunuh, menyembelih kanak-kanak, merogol wanita, membakar rumah serta memaksa mangsa kezaliman menyeberangi sungai ke Bangladesh.

SUMBER: http://www.aljazeera.com/news/2017/04/aung-san-suu-kyi-denies-ethnic-cleansing-rohingya-170406081723698.html

http://www.independent.co.uk/news/world/asia/burma-rohingya-muslims-killing-muslims-aung-san-suu-kyi-ethnic-cleansing-bbc-a7669451.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− eight = 2