Zionis Dakwa Himpunan Hari Nakba Tindakan Keganasan

Zionis Dakwa Himpunan Hari Nakba Tindakan Keganasan

Pasukan keselamatan zionis buat pertama kalinya dalam sejarah telah menghalang perarakan memperingati Hari Nakba, iaitu peristiwa pengusiran ratusan ribu rakyat Palestin dari rumah mereka pada tahun 1948, lapor Al-Jazeera Isnin lalu.

Menurut pihak zionis, permis himpunan tersebut dinafikan ekoran tiada pegawai yang cukup untuk mengawasi keadaan dan melabelnya sebagai himpunan berbentuk keganasan.

Pemimpin-pemimpin Palestin walaubagaimanapun menyelar alasan yang diberikan serta menyifatkan terdapat dalang disebaliknya dengan menuduh ianya keputusan dibuat kerajaan pimpinan Benyamin Netanyahu.

Himpunan memperingati peristiwa Nakba merupakan himpunan terbesar yang dilakukan hamper 1.7 juta penduduk Palestin Israel.

Manakala, penganjur menjangkakan kiri-kira 25,000 penduduk bakal menghadiri himpunan itu tahun ini yang akan diadakan di Galilee, sebuah kampung yang musnah diceroboh zionis.

Ekoran sekatan tersebut, pusat undang-undang rakyat Palestin di Israel telah membuat satu laporan kepada Ketua Pegawai Undang-Undang Israel mengecam tindakan mereka dan memberi amaran supaya keputusan itu ditarik balik.

Mengulas lanjut sekatan yang diadakan zionis, Ahli Parlimen Israel yang merupakan rakyat Palestin, Yousef Jabareen berkata, tindakan zionis hanyalah berunsur kepentingan politik yang cuba menakut-nakutkan rakyat Palestin.

“Ini jelas satu keputusan politik. Kerajaan sedang berusaha menindas generasi baru Palestin dan menakut-nakutkan mereka.

“Zionis menjangka generasi muda akan meluakan identiti mereka dan sejarah datuk nenek mereka yang diusir keluar dari kampung halaman.

“Tetapi pada hakikatnya perarakan Hari Nakba semakin mendapat sambutan setiap tahun bukti generasi baru tidak pernah lupa kezaliman Israel.

“Inilah yang mebuatkan zionis marah,” kata beliau kepada Al-Jazeera.

Ahli sejarah Israel, Ilan Pappe berkata, himpunan itu kini menarik ribuan anak muda ekoran penggunaan internet dan media social yang semakin meluas.

Namun katanya, sekatan zionis kali ini semakin teruk dengan menafikan semua permit walau dimanapun lokasi dipilih.

Beliau menambah, perarakan itu sentiasa aman tetapi pihak polis dan ahli politik Israel menganggap memperingati Nakba sebagai satu tindakan keganasan.

Jelasnya, wana-mana demonstrasi dilihat sebagai ancaman, sebagai permulaan Intifada akan datang.

SUMBER: http://www.aljazeera.com/indepth/features/2017/04/israeli-police-block-palestinian-march-return-170409055747446.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

28 − twenty seven =