RUU 355: Kita Tahu Siapa Musuh Islam, Siapa Kawan Orang Islam

RUU 355: Kita Tahu Siapa Musuh Islam, Siapa Kawan Orang Islam

RUU 355 ini laksana satu batu besar yang dihempas dalam lubuk yang tenang, kita ingat lah lubuk itu tak ada buaya, semua ikan, bila terembas batu besar dalam lubuk ini rupanya ada buaya dalam, timbul habis buaya, ular, ikan toman, ikan keli timbul belaka, ini hikmatnya.

Jadi hikmatnya kita tahu siapa musuh Islam, siapa kawan orang Islam.

Demikian menurut Naib Presiden KUIS mengakhiri ucapan ceramah beliau Isnin lalu sempena meraikan kejayaan pembentangan RUU 355 di parlimen.

Dalam ucapannya, beliau mengakui banyak cabaran yang perlu dihadapi sebelum usul tersebut berjaya dibaca di parlimen minggu lalu.

Abdul Hadi dalam masa sama mengalu-alukan jemputan dari kalangan bukan Islam untuk memberi penjelasan mengenai RUU 355, sambil menempelak kalangan Ahli Parlimen Islam yang masih mengamalkan budaya tidak matang dalam memahami usul tersebut.

“Kita bersedia untuk hadir mana-mana majlis yang diatur oleh mereka (bukan Islam), kita sanggup pergi, bukan nak ajak debat, bukan nak ajak bahas, nak bersedia untuk memberi penjelasan kepada mereka insyaa Allah.

“Ini orang bukan Islam, hat Islam yang duduk nak lawan ini dia tak boleh buat kira ini, tak boleh buat kira hat Islam ini hat duduk lawan ini tak boleh buat kira, kita dak begitu la.

“Kita ambil kira hat orang bukan Islam ini sahaja. Saya sebut dalam Parlimen hari itu, kita menganggap orang bukan Islam ini adalah saudara kita dalam masyarakat majmuk, orang Cina, orang India yang bukan Islam adalah saudara kita dalam masyarakat majmuk, sahabat kita masyarakat majmuk.

“Kita punya sikap yang terbuka untuk pergi bila-bila masa sahaja dia jemput untuk beri penjelasan kepada mereka. Insyaa Allah dalam masa 3 bulan ini, kita ada ruang lagi, ada ruang lagi untuk penjelasan,” ujar beliau.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

thirty seven + = forty one