KUIS Kutuk Serangan Gas Toksid Di Idlib Syria

KUIS Kutuk Serangan Gas Toksid Di Idlib Syria

Insiden terbaru serangan gas toksid di Idlib, Syria yang membunuh orang awam mendapat perhatian Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, (KUIS).

KUIS melalui kenyataan terbaru Setiausaha Agungnya, Dr Ali Muhyiddin Al-Qurra Daghi mengutuk serangan yang telah membunuh ratusan mangsa termasuk kanak-kanak itu.

“Kesatuan Ulama Islam Sedunia, (KUIS) mengutuk serangan gas toksik yang dilepaskan oleh pesawat rejim Syria yang telah menyebakan kematian 500 orang mangsa.

“Sebahagian besarnya merupakan kanak-kanak.

“Serangan yang dibuat oleh rejim Syria tersebut menggunakan pesawat yang sarat membawa gas toksik beracun yang menyerupai gas sirin,” tegas beliau kesal.

Justeru soal beliau, sampai bilakah tragedi pembunuhan yang zalim ini seperti ini harus berterusan.

Menurutnya, pembunuhan dibuat untuk menghapuskan populasi bangsa sendiri adalah melanggar undang-undang negara dan antarabangsa keseluruhannya.

Dalam kenyataan sama, beliau turut mengajukan tanda tanya apakah tindakan dunia bagi menangani isu kezaliman berterusan di Syria.

“Sampai bilakah masyarakat sekeliling, organisasi-organisasi dan pertubuhan-pertubuhan yang melindungi hak asasi manusia akan berdiam diri di atas kekejaman dan pembunuhan seperti ini.

“Yang akhirnya mengorbankan kematian jiwa-jiwa yang tidak bersalah terutamanya kanak-kanak yang berhak mendapat hak kehidupan yang aman.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ sixty one = sixty two