Ahli Parlimen DAP, PKR Ganggu Abdul Hadi Bentang RUU355

Kuala Lumpur: Beberapa Ahli Parlimen DAP dan PKR sengaja bangun bertujuan melengah-lengahkan Ahli Parlimen Marang Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sepatutnya membentangkan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, di Dewan Rakyat, hari ini.

Antaranya Lim Kit Siang (DAP-Gelang Patah), Gobind Singh Deo (DAP-Puchong), Gooi Hsiao Loong (PKR-Alor Setar) dan Lee Boon Chye (PKR-Gopeng).

Mereka menggunakan alasan Peraturan Mesyuarat selain membangkitkan masalah teknikal berkaitan usul berkenaan.

Lebih setengah jam mereka bangun bersilih ganti mempertikaikan usul berkenaan yang diberi keutamaan untuk dibentangkan pada hari terkahir Sidang Dewan Rakyat hari ini.

Usul itu tersenarai sebagai perkara 1 di bawah Aturan Urusan Mesyuarat dan Usul-Usul Parlimen hari ini.

Beliau dijangka membentangkannya pada bila-bila masa kerana sudah pun dipanggil oleh Yang di-Pertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk membuat berbuat demikian.

Ia bertujuan meminda perkataan ‘penjara selama tempoh melebihi tiga tahun atau denda melebii lima ribu ringgit atau sebatan melebihi enam kali’ dengan perkataan ‘penjara selama tempoh melebihi tiga puluh tahun atau denda melebihi satu ratus ribu ringgit atau sebatan 100 kali sebagai mana ditadbir selaras dengan tatacara jenayah syariah.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 6 April 2017 @ 12:51 PM
http://www.hmetro.com.my/node/219331

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ thirty eight = 43