RUU355: Hakikat Yang Membenarkan Janji Allah

RUU355: Hakikat Yang Membenarkan Janji Allah

Berita bahawa BN memutuskan bahawa kerajaan tidak membawanya selepas mesyuarat majlis tertinggi menunjukkan sesuatu yang penting dilihat dengan kaca mata hikmah Allah. Mereka yang memandang dengan kaca mata sekuler akan kekal buta dan tersesat.

Keputusan yang membelakangi Cadangan Timbalan Perdana Menteri Malaysia?

Hakikat ini perlu disedari jika kita pejuang politik Islam yang peka. Dua minggu lepas, TPM mengumumkan bahawa kerajaan akan mengusulkan pindaan, tiba tiba hari ini, ia berlaku sebaliknya? Apa yang terjadi pada UMNO BN? Sudah tidak sekata antara PM dan TPM atau BN akan bergolak lagi.

RUU355 dilihat sebagai aspirasi seluruh umat Islam yang mahu ISLAM terus dimertabatkan. Maka, bola yang cuba diambil kesempatan politik tak akan mampu dibawa. Hanya yang ikhlas berjuang, mampu terus mengangkat usaha usul ini. Maka, ia kembali kepada PAS untuk terus mengarusperdanakan melalui usul persendirian. Parti parti lain hanya akan mengejek atau menentang, kerana agenda mereka bukan bertujuan memartabatkan ISLAM. Adapun yang nama sahaja Islam, tetapi jadi tunggangan dan khadam bukan Islam yang tak akan menjaga kepentingan Islam.

Kedudukan NAJIB tidak begitu kukuh atau UMNO merasakan ada pengkhianatan senyap?

Keputusan terbaru tentang RUU355, menunjukkan bahawa UMNO sendiri berada dalam ragu ragu untuk menjadi kuasa yang dipatuhi dalam BN. Kemungkinan jua, PRU14 nanti akan berlaku proses pembersihan kepada mereka yang tak sokong dan tak bersama Najib. Maka akhirnya, UMNO semakin lemah dengan perpecahan.

PAS? Sekiranya perjuangan ini memang diangkat oleh mereka mereka yang beriman dan beramal soleh, sepertinya tanda tanya yang berlaku sebagai tanda kemenangan akan muncul jua walaupun buat masa ini ramai melihat seolah olah sebaliknya. Lihatlah sejarah bagaimana dalam perang Hunain, walaupun ketika ramai, ramai bangga akan menang. Lantas Allah menguji umat Islam diserang hendap. Namun, sisa sisa yang tinggal, malah dibantu muallaf yang baru masuk Islam seperti Abu Sufian, Suhail Bin Amru, akhirnya kemenangan kembali kepada Islam.

Pandanglah dengan kaca mata janji Allah, Jangan melihat dengan Kaca Mata munafik dalam perang Ahzab.

Mereka yang tidak yakin dengan untuk membawa Islam di zaman terkini akan bersikap seperti sikap munafik perang Ahzab. Mengejek ejek yang beriman, namun akhirnya mereka dihinakan kedudukan oleh Allah. Identiti mereka dikenali dan pasti akan menjadi liabiliti sepanjang orang mukmin mengenali mereka. Melainkan mereka bertaubat.

Yakinlah, Islam pasti menang.
Ahmad Hakimi Othman
Setiausaha,
Akademi Al-Ghazali

*Tulisan ini dimuatnaik tanpa mengubah apa-apa dari tulisan asal penulis. Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

6 + = twelve