Pembunuhan Komander Al-Qassam, Hamas Ikrar Perangi Zionis

Pembunuhan Komander Al-Qassam, Hamas Ikrar Perangi Zionis

Pihak berkuasa Hamas telah menutup sempadan Gaza – Israel selepas insiden pembunuhan Komander Briged Izzuddin al-Qassam, demikian menurut Jurucakap Hamas, Iyad al-Bozum kepada Al-Jazeera.

Tambah Al-Jazeera, mangsa, Mazen Faqha ditemui mati ditembak di pintu masuk bandar Gaza Jumaat lalu.

Susulan insiden itu, Iyad al-Bosum memaklumkan kawalan ketat akan diadakan dan hanya individu tertentu sahaja dibenarkan memasuki Gaza.

“Memandangkan keadaan sebegini, hanya penduduk Gaza yang menjalankan misi kemanusiaan akan dibenarkan kembali ke Gaza melalui pusat pemeriksaan Beit Hanoun,” katanya.

Terdahulu, Menteri Luar Hamas dalam satu kenyataan Isnin lalu menyatakan bahawa pihak mereka hanya akan membenarkan keluarga banduan, penduduk yang ingin mendapatkan rawatan perubatan, wanita, dan lelaki di bawah umur 15 tahun dan 45 tahun ke atas sahaja untuk keluar dari Gaza melalui pusat pemeriksaan Beit Hanoun.

Pada masa yang sama, jurucakap Hamas menegaskan kepada rakyat dan media Gaza untuk bertanggungjawab dalam penyebaran isu tersebut dengan tidak menyebarkan khabar angin sebaliknya.

Sementara itu, pegawai kanan Hamas, Mahmoud juga memberitahu Al Jazeera bahawa Hamas akan merahsiakan strategi tindak balas terhadap kes pembunuhan itu.

“Darah orang-orang kita tidak akan sia-sia. Terutama dalam tragedi ini” kata al-Zahar.

Mengulas lanjut strategi yang bakal diambil, sama ada kumpulan itu merancang untuk bertindak balas secara ketenteraan, al-Zahar berkata ianya perlu dirahsiakan.

“Ini adalah isu keselamatan yang kita tidak boleh dedahkan.

“Tetapi yang pasti, zionis Israel akan dihukum.

Turut menyuarakan hal sama ialah seorang lagi pegawai kanan Hamas, al-Bardawil.

Katanya, tiada siapa yang akan mendapat manfaat daripada jenayah ini kecuali musuh Zionis.

Al-Bardawil menambah, zionis terdahulu telah mengumumkan mangsa adalah antara pemimpin Hamas yang menjadi buruan.

Al-Jazeera dalam laporan sama semalam melaporkan Faqha, 38 maut setelah terkena empat das tembakan di kepalanya.

Sebelum ini, mangsa pernah dipenjara pihak zionis pada tahun 2003 atas tuduhan merancang serangan terhadap Israel.

Ketika itu, Faqha merupakan salah seorang pegawai kanan Hamas di Tebing Barat yang diduduki Israel.

Walaubagaimanapun, jurucakap tentera Israel enggan mengulas mengenai pembunuhan tersebut.

Insiden pembunuhan Faqha menandakan permulaan serangan baru oleh Israel terhadap Palestin.

Sumber: http://www.aljazeera.com/news/2017/03/gaza-israel-border-shut-mazen-faqha-killing-170326074751094.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ forty two = forty eight