Sudah Tiba Masanya Undang-Undang Islam Dimartabatkan

Sudah Tiba Masanya Undang-Undang Islam Dimartabatkan

KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim menzahirkan kekecewaan beliau terhadap sistem undang-undang Malaysia yang disifatkanan beliau sebagai lapuk.

Tegas beliau, Malaysia sepatutnya mengambil langkah bijak dan tidak lagi berpandukan undang-undang penjajah yang digunakan sejak tahun 1956.

Dalam syarahannya, Tun Fairuz turut mengetengahkan anjuran Allahyarham Profesor Emeritus Tan Sri Ahmad Ibrahim agar Seksyen 3 dan Seksyen 5 Undang-Undang Sivil 1956 dimansuhkan.

Hal demikian jelasnya supaya Malaysia tidak lagi merujuk undang-undang Inggeris yang sudah lapuk.

Katanya, Seksyen 3 akta berkenaan memberi laluan kepada mahkamah negara ini untuk mengetepikan Common Law Inggeris, mengutamakannya atau mengambil kira keadaan setempat dalam membuat penghakiman.

Beliau menambah, Seksyen 5 akta yang sama membenarkan pemakaian seluruh undang-undang perdagangan yang ditadbir di England melainkan jika terdapat undang-undang tempatan.

Selain itu ulas Tun Fairuz, pemansuhan perundangan lapuk yang masih diguna pakai hingga ke hari ini turut dicadangkan beliau pada tahun 2007.

Memetik ucapan beliau dalam syarahannya bertajuk ‘Islam as the law of the land’ di ibu negara semalam, beliau juga menegaskan bahawa sudah tiba masanya Malaysia memartabatkan undang-undang Islam.

“Mungkin juga ketika itu saya telah mencadangkan bahawa sudah tiba masanya kita memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja untuk negara, malah perundangan antarabangsa.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

six + 4 =

Comments

  • Sudah Tiba Masanya Undang-Undang Islam Dimartabatkan … | Selayar Today March 27, 2017 at 1:46 pm

    […] Penulis / Sumber : religiku […]

    Reply