‘Punya Antiknya Undang-Undang Kita’ – Tun Dr Ahmad Fairuz

‘Punya Antiknya Undang-Undang Kita’ – Tun Dr Ahmad Fairuz

KUALA LUMPUR – Sudah sampai masanya kita memartabatkan undang-undang Islam bukan sahaja dalam perundangan negara, tapi juga perundangan antarabangsa, demikian menurut bekas Ketua Hakim Negara, Tun Dr Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dalam ucapannya bertajuk “Islam sebagai Undang-undang Negara” di Hotel Majestic semalam.

Beliau dalam ucapannya berkata, Malaysia masih menggunakan undang-undang am dari England “common law of England”, tapi undang-undang am yang lapuk yang dimaktubkan pada 1956.

Dr Fairuz dalam masa sama menyindir undang-undang negara dengan berkata “punya antiknya undang-undang kita”.

Katanya lagi, undang-undang Malaysia masih di bawah tempurung penjajah sambil menjelaskan aspek kehakiman dalam takrif Islam jelas menyatakan al-Quran dan Sunnah adalah sumber utama undang-undang Islam.

Menariknya, beliau turut menyatakan sokongan terhadap pindaan RUU355 sambil berpesan kepada kalangan bukan Islam supaya tidak perlu bimbang dengan pelaksanaannya.

“Mengapa bukan Islam pula yang memperjuangkan kesaksamaan di dalam hal ini?

“Orang Islam tidak menuntut kesaksamaan di dalam hal ini (hukuman syariah) kerana semuanya tahu orang Islam di negara ini terikat dengan dua undang-undang.

“Sememangnya Akta 355 tidak melibatkan langsung orang bukan Islam. Apa yang bukan Islam perlu risau?” tambah beliau.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ eighty = eighty eight