Kerjasama Politik, Parti Islam Jadi Pilihan Semua – Abdul Hadi

Kerjasama Politik, Parti Islam Jadi Pilihan Semua – Abdul Hadi

Parti Islam tegas menentukan sikap dan tindakan berkait hubungannya dengan parti-parti politik lain menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 nanti, tegas Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) merangkap Presiden Parti Islam Se-Malaysia melalui kenyataan terkininya.

Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dalam kenyataan sama mengulas lanjut persoalan sama ada partinya akan menyertai Pakatan Harapan atau bersama Barisan Nasional yang kini menjadi perbincangan hangat masyarakat.

Katanya, rata-rata masyarakat tertanya-tanya apakah tindakan yang bakal diambil partinya selepas tindakan untuk memutuskan hubungan tahaluf siyasi bersama rakan sekutunya baru-baru ini diambil.

Jelas Tuan Guru, tanda tanya yang timbul menandakan parti Islam itu kini diminati semua adapun beliau selaku presiden parti sedikitpun tidak keliru bagi menentukan sikapnya sendiri.

Beliau menambah, Parti Islam Se-Malaysia sejak penubuhannya mewarisi para pemimpin yang berpengalaman dengan semua keadaan, sejak zaman penjajah sehinggalah selepas negara mencapai kemerdekaan.

Dalam pada itu katanya, di zaman penjajah dahulu, sama ada British atau Jepun mereka yang menjadi pemimpin parti tersebut sebelum penubuhannya pernah bertahaluf dengan kumpulan Nasionalis, Sosialis, sehinggalah Komunis.

“Mereka yang tidak memahami konsep Tahaluf, masuk hutan bersama komunis.

“Adapun yang beristiqamah menubuhkan Hizbu Al Muslimin yang akhirnya diharamkan oleh penjajah, yang bakinya bersama pembankang.

“Apabila pilihanraya pra kemerdekaan 1955, parti islam mula bersendirian di mana semua komponen parti lain belum lagi menjadi janin untuk dilahirkan.

Meneruskan kenyataan, Tuan Guru turut mengulas sejarah parti Islam pimpinannya semasa era penubuhan Malaysia.

Jelas beliau, konfrontasi dengan Indonesia telah berlaku tika itu di mana partinya telah bertahaluf dengan kumpulan pembangkang dengan menolak penubuhan Malaysia dan mahukan Melayu Raya.

Katanya, mereka yang tidak memahami konsep Tahaluf terus menyokong Sukarno bersama kumpulan pembangkang lain. Adapun yang beristiqamah terus bersama parti Islam.

Di samping itu, Tuan Guru menegaskan bahawa semua Tahaluf yang diadakan partinya sentiasa teguh dengan dasar dan matlamat.

Tegasnya lagi, pemimpin dan ahli parti diwajibkan beristiqmah dengan dasar matlamat dan wala’ kepada keputusan pemimpinya.

“Perkataan Wala’ dan Tahaluf tidak ada dalam istilah parti yang tidak berasaskan Islam.

“Mereka yang tidak faqih dalam istilah ini tidak boleh bersama pasti Islam melainkan mereka keluar melarikan diri atau dipecat.

Tuan Guru selaku Presiden parti walaubagaimanapun tegas dengan sikapnya tidak akan bersama mana-mana parti yang bercanggah dengan dasar dan konsepnya di mana parti dan pemimpin yang terus menerus menentang Islam secara terbuka atau bersembunyi atau oppurtunis.

Mengakhiri kenyataan, Tuan Guru menyatakan Parti Islam Se-Malaysia kini memperkenalkan konsep Politik Matang dan Sejahtera berteraskan wajib berkepimpinan Islam yang adil terhadap semua anggota masyarakat majmuk mengikut objektif Ta’aawun.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty eight + = 68