London Diserang: KUIS Kutuk Tindakan Burukkan Imej Islam

London Diserang: KUIS Kutuk Tindakan Burukkan Imej Islam

Keganasan terbaru yang berlaku di London melibatkan 5 orang terbunuh serta 40 orang awam cedewa turut mendapat respon Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS).

Setiausaha Agung KUIS, Sheikh Dr Muhyiddin Al-Qurra Daghi dalam kenyataan terbaru beliau bertarikh 23 Mac mengutuk letupan di Ibu kota London itu.

Dalam kenyataannya, beliau mengecam segala bentuk kekerasan dan keganasan apatah lagi katanya perkara-perkara tersebut dilakukan oleh pihak yang ingin menindas.

Tambah beliau, tindakan tersebut dilakukan bagi memutarbelitkan imej Islam dan ianya hanya memberi keuntungan kepada musuh-musuh Islam.

Sheikh Qurra Daghi dalam kenyataan sama menegaskan bahawa Islam adalah agama yang menyeru kepada kesejahteraan.

Katanya, ajaran Islam tidak akan sekali-kali redha dengan segala tindakan dan aktiviti jenayah sehingga mengorbankan mangsa-mangsa yang tidak bersalah, tanpa membezakan jenis, bangsa dan agama.

Beliau menambah, Islam jelas mengharamkan tindakan keganasan.

Mengakhiri kenyataan, beliau menjelaskan penegasan Allah S.W.T melalui laranganNya terhadap tindakan kekerasan yang dinukilkan melalui surah Al-Maidah, ayat 32.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 57 = sixty