Al-Kafi #285 : Hadiah Makanan Daripada Rakan Bukan Islam

Al-KAFILI AL-FATAWI

AL-KAFI #285 : HADIAH MAKANAN DARIPADA RAKAN BUKAN ISLAM
Ditulis oleh Umar Mukhtar Mohd Noor
Diterbitkan: 10 Jun 2016

SOALAN 285 (10 JUN 2016 M / 5 RAMADHAN 1437 H)

SOALAN:

Assalamualaikum wbt,

Saya menerima share ini di FB dari kawan saya. Mohon pandangan SS Tuan Mufti berkenaan perkara ini. Terima kasih.

“If you receive food from your non-Muslim neighbour, and they say there is no pork in it, would you eat, for example?

Shaykh Yusuf Qaradawi wrote in a fatwa, portions of which may be found in al-Halal wa al-Haram fi al-Islam, “It is not required of the Muslim to inquire about what he has not witnessed, such as how was the animal killed, did the manner of slaughter meet the Islamic conditions, or was the name of Allah mentioned while slaughtering or not? If the animal was slaughtered by a Muslim, even if he is ignorant or sinful, or by someone from among the People of the Book, eating it is halal for us.”

According to a hadits, the companions asked the Prophet (s.a.w.), “People bring us meat and we do not know whether they have mentioned the name of Allah over it or not. Shall we eat it or not?” And the Prophet (s.a.w.) replied,

“Mention the name of Allah over it and eat.”

That food is rizqi. It is bad adab for a Muslim to interrogate someone about the food when it is Given and bad adab before Allah (s.w.t.) since He is the Provider of rizqi. So the religion is simple, but Muslims, in their ignorance, make it difficult.

JAWAPAN:

Waalaikumussalam wbt,

Benar, dibenarkan memakan makanan yang dihadiahkan oleh rakan atau jiran yang bukan beragama Islam, selagi mana makanan yang diberi itu ialah makanan yang halal. Daripada Anas RA:

أَنَّ امْرَأَةً يَهُودِيَّةً أَتَتْ رَسُولَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشَاةٍ مَسْمُومَةٍ فَأَكَلَ مِنْهَا

Maksudnya: Seorang wanita Yahudi pernah membawakan sepotong daging kambing yang telah diracun lalu Baginda memakannya.

Hadis riwayat Muslim (2190)

Hadis ini sekalipun akhirnya Rasulullah SAW diracun setelah memakan daging pemberian wanita Yahudi itu, masih menunjukkan bahawa bolehnya menerima hadiah makanan daripada orang bukan Islam.

Namun, ini tidaklah menafikan keafdhalan bersikap warak dalam mengambil suatu makan. Adalah afdhal makanan kita itu diperolehi daripada orang yang bertaqwa dan disediakan juga dengan taqwa. Seperti kata ulama:

لا تأكل إلا طعام تقي ولا يأكل طعامك إلا تقي

Maksudnya: Janganlah kamu makan melainkan makanan orang bertaqwa dan jangan seseorang makan makananmu melainkan orang bertaqwa.

Rujuk Ihya Ulum al-Din (2/13)

Wallahua’lam.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ seventy one = seventy nine

Comments

  • Al-Kafi #285 : Hadiah Makanan Daripada Rakan Bukan Islam … | Selayar Today March 18, 2017 at 1:35 pm

    […] Penulis / Sumber : religiku […]

    Reply
  • Al-Kafi #285 : Hadiah Makanan Daripada Rakan Bukan Islam … | Selayar Today March 18, 2017 at 1:37 pm

    […] Al-Kafi #285 : Hadiah Makanan Daripada Rakan Bukan Islam …Penulis / Sumber : redaksi-at […]

    Reply