Berdakwah Dengan Ajaran Quran

BERDAKWAH DENGAN AJARAN QURAN

Oleh: Qutuz Legacy

Kita tersasar dari kebenaran jika hanya menganggap dakwah itu hanya mengenggam tema ukhuwah “ala” broad-minded semata-mata, sebenarnya dakwah juga Al-Furqan (pembeza hak dan batil).

Kejatuhan Baghdad, telah menemukan kita kepada segelintir asatizah yang bersikap apatetik terhadap hak dan batil. Ketika tentera Tatar telah menjahanamkan Samarkand dan Bukhara, mereka masih berkias bahawa pembawaan umat Islam haruslah “open handed” dan toleran. Kata mereka:

لقد عاهد الرسول صلى الله عليه وسلم اليهود في المدينة المنورة، فلماذا لا نعاهد نحن التتار في بغداد؟

Pada penamatnya, sikap apatetik mereka yang suka berkias-kias telah mengkaiskan Baghdad ke tangan Tatar.

*Tulisan ini telah dimuat naik pada tahun 2015 oleh penulis asal. Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ three = twelve