Naib Presiden Kuis Rakam Takziah Atas Pemergian Syeikh Murtadza

Naib Presiden Kuis Rakam Takziah Atas Pemergian Syeikh Murtadza

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merakamkan ucapan takziah atas pemergian Tuan Guru Dato’ Haji Mohd Murtadza bin Syeikh Haji Ahmad, bekas Mufti Negeri Sembilan semalam.

Kita menyaksikan kebaikan dan usaha yang telah dilakukan oleh al-marhum sepanjang hidupnya bagi menyuburkan perkembangan ilmu Islam. Perginya al-marhum dengan meninggalkan sejuta manfaat untuk ummah.

Benarlah sabda Nabi Muhammad SAW:

إِنَّ اللهَ لاَ يَقْبِضُ الْعِلْمَ انْتِزَاعًا يَنْتَزِعُهُ مِنْ الْعِبَادِ، وَلَكِنْ يَقْبِضُ الْعِلْمَ بِقَبْضِ الْعُلَمَاءِ

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu dengan serta merta mencabutnya daripada hati manusia. Akan tetapi Allah mencabut ilmu dengan cara mematikan para ‘ulama. [Al-Bukhari (100, 7307); Muslim (2673)]

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Naib Presiden,
Kesatuan Ulamak Islam Sedunia

17 Jamadil Akhir 1438H / 15 Mac 2017

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = seven