Rakyat Wajib Pertahan Kedaulatan Negara

Rakyat Wajib Pertahan Kedaulatan Negara

Pembunuhan Kim Jong Nam terus mendapat respon yang pelbagai dari segenap masyarakat.

Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, KUIS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang melalui video yang dimuat naik melalui media sosial Facebook beliau hari ini terus menyeru rakyat Malaysia mempertahankan kedaulatan negara dari ancaman musuh.

Seruan tersebut dibuat dalam satu temuramah selepas sesi kuliah Jumaat di Marang.

Katanya, menjadi satu kewajipan kepada semua rakyat untuk bersatu mempertahankan negara.

“Seluruh rakyat mesti bersama bila negara menghadapi ancaman.

“Kita kena bersama tak boleh berbeza.

“Menjadi wajib dan menjadi tanggungjawab kita untuk mempertahankannya,” tegas beliau.

Mengulas lanjut hal tersebut, Tuan Guru berharap agar perkara ini diselesaikan dengan baik.

Terdahulu, satu kenyataan telah dibuat Naib Presiden KUIS itu yang mengecam tindakan tidak beretika Korea Utara menghalang rakyat Malaysia keluar dari negara itu.

Dalam kenyataan sama, beliau menyokong usaha tegas kerajaan Malaysia yang menyelesaikan isu tersebut.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

29 − = twenty eight