Khutbah Jumaat : Umat Yang Mulia Bersama Islam

Khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Umat yang Mulia Bersama Islam
4 Jamadil Akhir 1438 (03/03/2017)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، أَرۡسَلَهُ ٱللَّهُ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيۡنَ يَدَيِ ٱلسَّاعَةِ، فَأَدَّى ٱلۡأَمَانَةَ، وَبَلَّغَ ٱلرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ ٱلۡأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدۡوَتِنَا وَإِمَامِنَا مُحَمَّدٍ، إِمَامِ الۡمُتَّقِينَ وَقَائِدِ الدُّعَاةِ الۡمُجَاهِدِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجۡمَعِينَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحۡسَانٍ إِلَى يَوۡمِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعۡدُ:

فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى، فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertakwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertakwa.

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,
Marilah kita menyedari kedudukan terkini dunia Islam, apabila pemimpin-pemimpin, raja-raja dan kerajaan-kerajaan mereka sibuk dengan menjaga kerusi, takhta, kedudukan dan harta masing-masing mereka sanggup berwala’ dan bersekongkol dengan musuh-musuh Islam, walaupun diberi amaran oleh Allah SWT di dalam ayat-ayat yang banyak, diantaranya Firman Allah SWT:

لَّا يَتَّخِذِ ٱلۡمُؤۡمِنُونَ ٱلۡكَٰفِرِينَ أَوۡلِيَآءَ مِن دُونِ ٱلۡمُؤۡمِنِينَۖ وَمَن يَفۡعَلۡ ذَٰلِكَ فَلَيۡسَ مِنَ ٱللَّهِ فِي شَيۡءٍ إِلَّآ أَن تَتَّقُواْ مِنۡهُمۡ تُقَىٰةٗۗ وَيُحَذِّرُكُمُ ٱللَّهُ نَفۡسَهُۥۗ وَإِلَى ٱللَّهِ ٱلۡمَصِيرُ ٢٨ [سورة آل عمران : ٢٨]

(Maksudnya) : Janganlah orang-orang yang beriman mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman dan sesiapa yang melakukan (larangan-Nya) yang demikian maka tiada dia (mendapat perlindungan) dari Allah dalam sesuatu apapun, kecuali kamu hendak menjaga diri daripada sesuatu bahaya yang ditakuti dari pihak mereka (yang kafir itu) dan Allah perintahkan supaya kamu beringat-ingat terhadap kekuasaan diri-Nya (menyeksa kamu) dan kepada Allah jualah tempat kembali.

Keadaan terkini Masjidil Aqsa yang menjadi kiblat pertama umat Islam dan tempat Isra’nya Rasul SAW adalah sangat membahayakan. Bukan sahaja tiap-tiap hari diceroboh oleh pelampau-pelampau Yahidi, tetapi dalam masa yang sama mereka membina dinding di dalam Masjidil Aqas untuk membolehkan orang-orang Yahudi beribadat di masjid yang mulia dan suci itu. Mereka menggali terowong di bawahnya untuk mencari sesuatu tanpa diketahui betapa luas terowong itu. Adakah perancangan untuk meruntuhkan Masjidil Aqsa?

Dalam masa yang sama mereka berusaha untuk memindahkan ibu negara haram Israel dari Tel Aviv ke Baitul Maqdis. Mereka berusaha mendapat sokongan kuasa-kuasa besar dunia.

Disaat yang begini rupa, sebahagian besar negara Arab dan negara Islam mengambil pendekatan berdamai untuk mengiktiraf negara haram Israel melalui perjanjian Oslo dan Madrid, perjanjian yang menarik kerajaan-kerajaan Islam untuk mengiktiraf wujudnya negara Israel. Kononnya dengan penyelesaian untuk perdamaian selama-lama mewujudkan dua negara Palestin, dibahagikan satu negara untuk orang Yahudi dan satu negara untuk orang Arab. Dengan makna menyerah sebahagian bumi Palestin kepada negara haram Israel. Ia adalah satu tindakan yang mengkhianati amanah Allah SWT.

Palestin adalah bumi anbia’, bumi Rasul-rasul dan Nabi-nabi AS. Disitu ditemukan Rasulullah SAW dengan roh Nabi-Nabi dan Rasul-rasul pada malam Isra’ dan Mikraj. Ia menjadi arah pintu langit untuk Mikraj, tenpat yang mulia di sisi Allah yang wajib dipertahankan oleh umat Islam. Semua Nabi adalah Islam. Palestin wajib dipertahkan dengan Islam. Langkah mengiktiraf negara Israel atau mengadakan hubungan untuk mengiktiraf negara itu adalah satu langkah yang haram.

Berbagai-bagai penipuan yang dilakukan untuk menarik orang Islam ke Baitul Maqdis menjadi tempat pelancongan, bukan tempat berjihad. Ada yang pergi melancong untuk bersuka-ria tanpa menyaksikan bukan Palestin yang berdarah dan rakyat Palestin yang tidak menyerah kalah walaupun dikecewakan oleh negara Arab dan negara Islam. Mereka disebut oleh Nabi SAW:

لَا تَزَالُ طَائِفَةٌ مِنۡ أُمَّتِى عَلَى الۡحَقِّ ظَاهِرِينَ لَا يَضُرُّهُمۡ مَنۡ يَخۡذُلُهُمۡ حَتَّى يَأۡتِىَ أَمۡرُ اللَّهِ. [ رواه الترمذي ]

(Maksudnya) : Akan tetap ada dikalangan umatku kumpulan yang bangun menyatakan kebenaran, mereka tidak boleh dimudharatkan oleh orang-orang yang mengecewakan mereka sehingga datangnya urusan Allah.

Para sahabat bertanya:

مَنۡ هُمۡ يَا رَسُولَ اللَّه؟

(Maksudnya) : Siapakah mereka itu, wahai Rasulullah?
Sabda Rasulullah SAW:

هُمۡ أَصۡحَابُ بَيۡتِ الۡمَقۡدِسِ وَأَكۡنَافُ بَيۡتِ الۡمَقۡدِسِ.

(Maksudnya) : Mereka ialah penduduk Baitul Maqdis dan di keliling Baitul Maqdis.
Sehingga kini mereka tidak menyerah kalah untuk menentang Yahudi walaupun hanya dengan batu-batu dan kayu-kayu. Yang malangnya, kebaikan negara Islam sekadar menjadi pemerhati dan penuntut sahaja. Beritanya diperkecilkan dan dilupakan. Ini menjadikan orang-orang Yahudi itu tambah melampau.

Walaupun Allah SWT menjanjikan Islam tetap dipelihara oleh-Nya, tetapi ketahuilah bahawa kewajipan memelihara Islam adalah kewajiban kepada manusia yang beriman dan hamba-hamba Allah SWT.

Allah SWT memberi amaran:

إِلَّا تَنفِرُواْ يُعَذِّبۡكُمۡ عَذَابًا أَلِيمٗا وَيَسۡتَبۡدِلۡ قَوۡمًا غَيۡرَكُمۡ وَلَا تَضُرُّوهُ شَيۡ‍ٔٗاۗ وَٱللَّهُ عَلَىٰ كُلِّ شَيۡءٖ قَدِيرٌ ٣٩ [سورة التوبة : ٣٩]

(Maksudnya) : Jika kamu tidak pergi beramai-ramai (untuk berperang pada jalan Allah membela agama-Nya), Allah akan menyeksa kamu dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain dan kamu tidak akan dapat mendatangkan bahaya sedikitpun kepada-Nya dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.

Allah SWT akan menghukum mana-mana kaum daripada orang Islam yang meninggalkan kewajipan berjuang untuk menegak dan mempertahankan Islam. Allah SWT akan meninggalkan kaum yang lain untuk mempertahankan Islam dengan kekuasaan Allah SWT.

Atas perkara ini, amirul mukminin Umar al-Khatab RA memberi peringatan kepada para sahabat daripada kalangan orang-orang Arab ketika membinasakan Palestin dan Baitul Maqdis daripada tentera Rom Byzantine. Apabila Saidina Umar mengunjungi Baitul Maqdis baginda telah memberi ucapan yang memberi amaran kepada mereka yang hadir dimasa itu, antara lain menyatakan:

نَحۡنُ قَوۡمٌ أَعَزَّنَا اللَّهُ بِالۡإِسۡلَامِ، وَمَهۡمَا نَبۡتَغِ الۡعِزَّةَ بِغَيۡرِهِ أَذَلَّنَا اللَّهُ.

(Maksudnya): Kita adalah umat yang diberi kemulian oleh Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain dari-Nya nescaya kita menerima penghinaan daripada Allah.

Oleh kerana itu,marilah kita menjadi umat Islam yang mulia bersama dengan Islam, bukan dihina kerana meninggalkan Islam.

أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ.
وَلَيَنصُرَنَّ ٱللَّهُ مَن يَنصُرُهُۥٓۚ إِنَّ ٱللَّهَ لَقَوِيٌّ عَزِيزٌ ٤٠ ٱلَّذِينَ إِن مَّكَّنَّٰهُمۡ فِي ٱلۡأَرۡضِ أَقَامُواْ ٱلصَّلَوٰةَ وَءَاتَوُاْ ٱلزَّكَوٰةَ وَأَمَرُواْ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَنَهَوۡاْ عَنِ ٱلۡمُنكَرِۗ وَلِلَّهِ عَٰقِبَةُ ٱلۡأُمُورِ ٤١ [سورة الحج :40 – 41]

(Maksudnya): Sesungguhnya Allah akan menolong sesiapa yang menolong agama-Nya (Islam) , sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Maha Kuasa. Iaitu mereka (umat Islam) yang jika kami berikan mereka kekuasaan memerintah di bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang serta memberi zakat, dan mereka menyuruh berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan kejahatan dan perkara yang mungkar dan (ingatlah) bagi Allah jualah kesudahan segala urusan.

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION