Feminisme VS Fitrah

Feminisme VS Fitrah

Lelaki dan wanita tidak pernah diciptakan untuk bersaing. Sebaliknya fitrah mereka sebagai pelengkap antara satu sama lain. Harmoni.

Malangnya muncul fahaman feminisme yang mengapi-apikan dendam antara gender. Secara pukul rata kononnya wanita selama ini menjadi mangsa diskriminasi.

Sedangkan Islam mengajar bahawa lelaki ada potensi tersendiri dan wanita pun ada potensi tersendiri. Perlu diuruskan, bukan ditembungkan. Jangan bermudah-mudah menuntut persaingan;

“Kami wanita pun mahu hak seperti lelaki”

“Kami lelaki pun mahu hak seperti wanita”

Pertempuran antara gender hanya menyumbang kepada kerosakan sosial. Lantas menghancurkan keharmonian antara gender.

Akhirnya wujud lelaki yang menyampah dengan wanita, wanita yang prejudis terhadap lelaki. Sedangkan ibu kita semua tetap wanita, ayah kita semua tetap lelaki. Logikkah fahaman sedemikian dengan fitrah manusia?

Abdul Mu’izz Muhammad
8 Mac 2017

*Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

nine + 1 =