Bagaimana Globalisasi Dunia ini berlaku?

Bagaimana Globalisasi Dunia ini berlaku?

Bersetuju dengan pendapat Imran Hosein bahawa Globalisasi yang berlaku dalam Dunia ini bermula bila masyarakat dunia memgambil materialisme sebagai matlamat. Akhirnya materialisme sebagai asas kehidupan.

Peringkat pertama globalisasi, eropah menjadi tempat yang mula mula menganut materialisme selepas kegelapan di bawah naungan jahiliyah yang ketuhanan di bawah kuasa gereja dan rahib rahib yang mengatur urusan mereka.

Maka, kristian eropah berlaku reformasi dan terubuhnya mazhab baru yang memberi peluang pelajar pelajar gereja mempersoalkan rahib rahib lama dipimpin oleh marthin luther dan john calvin. Lahirlah protestant dan calvinism.

Selepas itu wujud empayar berasaskan Nation state dan diungguli oleh British, Belanda dan Perancis. Selepas sebelumnya Katholik yang diwakili oleh Portugal dan Sepanyol.

Globalisasi materialisme peringkat awal masih dalam kerangka monarki yang berpaut pada kekuatan gereja. Namun, arus kuat kebendaan menyebabkan proses simbiosis antara monarchy dan politik sehingga England mengguna pakai sistem magna charta, yang mengiktiraf bangsawan / lord/ feudal sebagai senat sehingga berkembang menjadi house of lord. Toleransi yang melahirkan sistem parlimen beraja sehingga hari ini.

Berlainan yang berlaku pada perancis yang terpalit dengan revolusi sehingga menumbangkan institusi beraja dan mewujudkam Republik.

Menjelang abad 19, eropah menjadi kawasan Nation state bertunjangkan kebendaan materialisme. Perkembangan materialisme pula menjadi asas dialektika perdebatan kepada perkembangan idealogi sekuler kapitalisme dan lawannya komunisme dan sosialisme.

Eropah keluar daru kegelapan agama Gereja kepada Kebebasan dan peradaban materialisme yang diterima dari eropah ke Amerika, jepun dan seterusnya masuk ke China.

Yang menghalang globalisasi adalah Islam di bawah Sistem khalifah.

Maka, lengkapnya evolusi globalisasi materialisme ini selepas Khalifah islam dimansuhkan pada 3 mac 1924 oleh Herok Sekuler Turki Mustafa Kamal.

-Ahmad Hakimi B Othman
*Tulisan ini dimuat naik tanpa mengubah tulisan asal oleh penulis. Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Previous article

Feminisme VS Fitrah

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

ninety two − = 87