Pusat Kesihatan Gaza Terus Terancam

Pusat Kesihatan Gaza Terus Terancam

Tindakan berterusan Israel yang mengepung Gaza menjejaskan operasi bantuan perubatan.

Demikian menurut laporan terbaru agensi berita Al-Jazeera.

Ekoran dari itu, penduduk yang tinggal di kawasan tersebut terpaksa bergantung kepada khidmat amal dan bantuan antarabangsa.

Namun demikian ulas Al-Jazeera, kesemua saluran bantuan adalah terhad.

Menurut jurucakap Kementerian Kesihatan Gaza, Dr Ashraf Al Qidra, kepongan berterusan itu antara punca utama khidmat bantuan kesihatan yang sangat membimbangkan.

Tambah beliau, kira-kira 4,000 rakyat Palestin perlu meninggalkan Gaza untuk mendapatkan rawatan perubatan segera tetapi mereka tidak boleh berbuat demikian akibat dikepung.

Hingga kini, kerajaan Israel mengekalkan sekatan, yang telah dilaksanakan sejak 2007.

Sumber: http://www.aljazeera.com/video/news/2017/03/gazas-healthcare-crumbling-israeli-siege-170305055609226.html

http://aje.io/c8nh

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

two + four =