Palestin Seru Boikot Mahkamah Israel

Palestin Seru Boikot Mahkamah Israel

Kesatuan Tahanan Palestin mendesak untuk memboikot mahkamah Israel selepas Nael Barghouti, tahanan Palestin yang telah dibebaskan ditahan semula dengan tambahan hukuman penjara selama 18 tahun.

Demikian menurut Al-Jazeera Selasa lalu melalui kenyataan Pengarah Pusat Tahanan Palestin, Qadura Fares.

Nael Barghouti merupakan antara tahanan Palestin paling lama.

Beliau ditahan selama 36 tahun di Penjara Israel sejak tahun 1978. Nael dijadualkan bebas hujung tahun lalu namun pembebasan beliau dinafikan.

Menurut Pengarah Pusat Tahanan Palestin, dua kes terbaru berprofil tinggi menunjukkan bukti jelas kezaliman pihak penjara Israel.

“Tentera Israel, Elor Azaria hanya dijatuhkan hukuman penjara selama setahun setengah selepas membunuh tentera Palestin.

“Dua puluh empat jam kemudian, kes Nael Barghouti pula timbul dan pihak Israel menambah hukuman penjara selama 18 tahun lagi,” kata Qadura Fares.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengutuk tindakan tersebut dengan meyatakan hukuman ke atas Elor Azaria terlalu ringan dan tidak boleh diterima.

Kumpulan hak asasi tempatan turut menyatakan pendirian sama dan menyifatan hukuman itu sama sekali tidak menghormati nilai hidup warga Palestin.

Memetik sumber sama, Al-Jazeera menyatakan Barghouti pada awalnya dibebaskan semasa operasi pertukaran banduan pada tahun 2011 di antara Israel dan Hamas, namum ditahan semula pada tahun 2014 dengan hukuman 30 bulan penjara. Hal demikian disebabkan penglibatan beliau sebagai ahli Hamas.

Qadura Fares selaku Pengarah Pusat Tahanan Palestin berkata, pihaknya perlu bertegas dan menghentikan permainan kotor tersebut.

“Tindakan tentera Israel telah mewujudkan salah faham terhadap wartawan dan masyarakat antarabangsa lain yang menyatakan Israel kini memerintah mengikut undang-undang. Ianya tidak betul.

“Kita perlu berhenti menjadi sebahagian daripada pembohongan dan salah faham ini.

“Kita perlu jelas bahawa rakyat Palestin tidak mendapat keadilan,” jelas Fares.

Januari lalu, kumpulan hak asasi tahanan mengeluarkan laporan kira-kira 7,000 rakyat Palestin ditahan di penjara Israel.

.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− two = two