Khutbah Jumaat : Manusia Makhluk Pilihan Allah

Khutbah Jumaat
Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang

Manusia Makhluk Pilihan Allah
24 Februari 2017

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِي لَمۡ يَتَّخِذۡ وَلَدٗا وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ شَرِيكٞ فِي ٱلۡمُلۡكِ وَلَمۡ يَكُن لَّهُۥ وَلِيّٞ مِّنَ ٱلذُّلِّ وَكَبِّرۡهُ تَكۡبِيرًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، الۡمَبۡعُوثُ رَحۡمَةً لِلۡعَالَمِينَ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَقُدۡوَتِنَا وَإِمَامِنَا مُحَمَّدٍ، أَشۡرَفِ الۡأَنۡبِيَاءِ وَالۡمُرسَلِينَ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ أَجمَعِينَ وَالتَّابِعِينَ بِإِحۡسَانٍ إِلَى يَومِ الدِّينِ.

أَمَّا بَعۡدُ:

فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى، فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertaqwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah bertaqwa kepada Allah. Maka sesungguhnya berjaya dan selamatlah orang-orang yang bertaqwa kepada Allah.

Sidang yang dirahmati Allah,

Marilah kita mendengar dan menjawab soalan Allah SWT:

أَلَا يَعۡلَمُ مَنۡ خَلَقَ وَهُوَ ٱللَّطِيفُ ٱلۡخَبِيرُ ١٤ [سورة الـملك : ١٤]

(Maksudnya): Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu menegetahui (segala-galanya)? Sedang Allah Maha Luas urusan pentadbirannya, lagi Maha Mendalam pengetahuan-Nya!

Marilah kita mendengar betapa Allah SWT bukan sahaja Tuhan yang menjadikan seluruh alam. Diantara tanda kebesaran-Nya, dialah yang meletakkan peraturan-peraturan bagi seluruh alam ini. Ditadbir dengan cara yang sebaik-baiknya. Pada hakikat-Nya seluruh alam adalah Islam (menyerah diri kepada Allah SWT).

أَفَغَيۡرَ دِينِ ٱللَّهِ يَبۡغُونَ وَلَهُۥٓ أَسۡلَمَ مَن فِي ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضِ طَوۡعٗا وَكَرۡهٗا وَإِلَيۡهِ يُرۡجَعُونَ ٨٣ [سورة آل عمران : ٨٣]

( Maksudnya ): Patutkah sesudah (mengakui dan menerima perjanjian) itu mereka mencari lain daripada agama Allah? Padahal kepada-Nyalah tunduk taat sekalian makhluk yang ada di langit dan bumi, samada dengan sukarela ataupun terpaksa dan kepada-Nyalah mereka dikembalikan.

Yang menjadi masalah ialah makhluk manusia, makhluk yang dipilih oleh Allah SWT daripada kalangan makhluk-makhluk yang lain supaya berada di atas muka bumi dengan kemampuan yang ada pada diri manusia. Mereka punya jasad, roh, akal fikiran, hidup sendiri, berkeluarga dan bermasyarakat, serta mempunyai kemampuan untuk mentadbir makhluk-makhluk yang lain dengan peraturan Allah SWT, disamping mereka beribadat kepada Allah SWT menjadikan sepatutnya mereka mulia daripada makhluk-makhluk yang lain. Mengikut fitrah dan sifat semulajadinya manusia percaya kepada Allah SWT.

وَلَئِن سَأَلۡتَهُم مَّنۡ خَلَقَ ٱلسَّمَٰوَٰتِ وَٱلۡأَرۡضَ لَيَقُولُنَّ ٱللَّهُۚ قُلِ ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِۚ بَلۡ أَكۡثَرُهُمۡ لَا يَعۡلَمُونَ ٢٥ [سورة لقمان : ٢٥]

(Maksudnya) : dan sesungguhnya jika engkau wahai Muhammad bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu : siaoakah yang menciptakan langit dan bumi? Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah”. Ucapkanlah (wahai Muhammad): “Alhamdulillah” (sebagai bersyukur disebabkan pengakuan mereka yang demikian tidak mengingkari Allah), bahkan kebanyakan mereka tidak mengetahui (hakikat tauhid dan pengertian syirik).

Tetapi malangnya ada dalam kalangan mereka yang melantik Tuhan-tuhan yang lain daripada Allah SWT. Mereka mengadakan peraturan dan undang-undang sendiri dalam perkara yang tidak diizinkan oleh Allah SWT. Semua peraturan Allah SWT membawa kepada kebaikan kepada mereka serta memdatangkan manfaat dan menolak mudharat. Kerana Allah SWT mengetahui diri mereka lebih daripada mereka sendiri.
Apabila mereka mengadakan peraturan sendiri dalam perkara yang tidak dizinkan oleh Allah SWT sudah tentu bercanggah dengan sifat semulajadi mereka. Ia akan mendatangkan penyakit, huru-hara, mudharat dan merosakkan diri dan alam sekeliling mereka.

Sudah cukup dengan apa yang berlaku dalam dunia hari ini. Berbagai-bagi penyakit dan keadaan yang tidak mengizinkan, semuanya berpunca daripada diri manusia sendiri kerana melanggar peraturan Allah SWT. Mereka menunjukkan diri mereka bijak dan pandai, padahal mereka mempunyai kelemahan yang banyak. Namun didorong oleh hawa nafsu sehingga menjadi lebih bodoh daripada binatang. Mereka menerkam kepada kerosakkan dan kemusnahan laksana kalkatu yang menerkam lampu-lampu yang membakar rakan-rakan mereka yang bertimbun-timbun mereka menuju kepada api yang membakar mereka yang akhirnya membinasakan mereka sendiri.

Adapun orang-orang yang beriman dan percaya kepada Allah SWT hendaklah melakukan muhasabah ( menghitung diri mereka sendiri ) dengan penuh sedar dan insaf. Sekiranya berdosa, maka segera bertaubat. Sekiranya salah, maka kembali ke pangkal jalan untuk menyelamatkan diri mereka di dunia dan menghadapi hari akhirat yang lebih panjang.

أَعُوذُ بِٱللَّهِ مِنَ ٱلشَّيۡطَانِ ٱلرَّجِيمِ.

هُوَ ٱلَّذِي جَعَلَ لَكُمُ ٱلۡأَرۡضَ ذَلُولٗا فَٱمۡشُواْ فِي مَنَاكِبِهَا وَكُلُواْ مِن رِّزۡقِهِۦۖ وَإِلَيۡهِ ٱلنُّشُورُ ١٥ [سورة الـملك : ١٥]

(Maksudnya) : Dialah yang menjadikan bumi bagi kamu mudah digunakan, maka berjalanlah di merata-rata ceruk rantauan, serta makanlan dari rezeki yang dikurniakan Allah; dan (ingatlah), kepada Allah jualah (tempat kembali kamu sesudah) dibangkitkan hidup semula; (maka hargailah nikmat-Nya dan takutilah kemurkaan-Nya).

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION