Membina Dengan Kejujuran Dan Keberanian

Membina Dengan Kejujuran Dan Keberanian

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Sebagai pendokong agama Allah yang telah mensyariatkan Islam yang benar, pastinya kitalah yang paling awal perlu bertindak benar dan penuh berani bersama kebenaran. Sebarang rasa ragu-ragu terhadap kebenaran dan mula kecut untuk menyatakan benar berdasarkan hukum hakam islam, maka ingatlah kita sekadar beretorik dan cakap kosong untuk berjuang demi Islam.

Kalau soal haram-haram, soal syubhah yang ragu-ragu, soal kejahilan fikrah dan hukum yang dibuat endah tidak endah, apakah kita boleh mendabik dada kita pejuang Islam? Rasanya itulah kepura-puraan dan hipokrasi yang akan berlaku sekiranya pengecut membetulkan keadaan dengan panduan Islam yang benar. Islam yang dibina oleh Nabi dan sahabat bukan islam romantis dan sentimental. Sekadar berjemaah tetapi tidak memulakan iman dan islam yang benar secara berjemaah.

Thoifah Mansurah Dan Najiah Bersyaratkan Iman Dan Keberanian.

Tidak guna kita bangga menjadi sebahagian jemaah Islam, sekiranya gagal menghayati apa yang sebenarnya perlu dilakukan. Kalau bertindak kerana takutkan jawatan tergugat, posisi terancam, pengaruh hilang, maka ketahuilah kita sudah termakan dalam perangkap dunia yang memungkinkan usaha iman dan islam selama ini sia-sia.

Marilah lah sama-sama jujur membina dan membangunkan Islam. Tidak tergugat dengan kebijaksanaan rakan-rakan yang sama sama berjuang. Menghargai keberanian sahabat yang sanggup membetulkan keadaan tatkala yang lain dicandukan dengan kebendaan dan budi. Kita akan diuji dengan setiakawan dan ketaatan, namun pernahkah menilai untuk berjaya diuji dengan berpegang dengan iman dan benar dengan panduan hukum hakam Islam?

Muhasabah kita perlu kepada berani dan benar. Kerana Rasul dan para sahabatnya berani dan benar.

*tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− one = one