Singa Ghazzah Kembali

SINGA GHAZZAH KEMBALI

Oleh: Asri Eddiwanie

Beliau adalah peganti Syeikh Ismail Haniyyah untuk tugas Jihad Al-Qital. Beliau yang dilahirkan pada 29 Oktober 1962 bukan sebarangan orang. Zionis gerun dengan pergerakannya yang sangat berani. Oleh kerana itu beliau telah berkali-kali dipenjara oleh Zionis bermula tahun 1982 lagi selama 4 bulan dan pada tahun 1985 selama 8 bulan ekoran ‘Pasukan Elit Al-Majd’ yang diasaskannya. Pasukan Al-Majd sangat digeruni Zionis ketika itu dan dikatakan mampu menghancurkan keseluruhan kekuatan yang dimiliki Zionis.

Tahun 1988 beliau ditangkap kembali dan dijatuhkan hukuman penjara selama 30 tahun namun beliau dibebaskan pada tahun 2011 dengan pertukaran seorang tentera Zionis, Jal’ad Syalith. syeikh Ismail Haniyyah sangat gembira dengan perlantikan beliau kerana amat sesuai dengan situasi jihad terkini di bumi Palestin. Beliau adalah singa bahkan Syuhada’ hidup yang berjalan dibumi untuk membebaskan Masjidil Aqsa! Dibawahnya terlalu ramai pelapis pemberani yang bersatu ruh dan hati serta merindui syahid. Tahniah Hamas di atas pemilihan Al-Mujahid Yahya Ibrahim Al-Sinwar, singa Palestin.

~Ahlu Ghazzah; Asri eddiwanie

*tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy nine + = eighty