Dunia Perlu Bantu Atasi Krisis Kebuluran Selatan Sudan

Dunia Perlu Bantu Atasi Krisis Kebuluran Selatan Sudan
Oleh: Asmaa Yusof

Kesan peperangan serta keadaan ekonomi yang tidak stabil antara punca kebuluran di Selatan Sudan sehingga mengakibatkan berjuta-juta penduduk kini memerlukan bantuan makanan.

Demikian menurut akhbar New York Times (NYT), melalui petikan kenyataan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang dikeluarkan Isnin lalu.

Konflik etnik tersebut tercetus sejak tiga tahun lalu di Selatan Sudan telah membunuh puluhan ribu, malah jutaan penduduk kampung dihalau dari kampung halaman sendiri.

Menurut pegawai PBB, jumlah penduduk yang mengalami masalah kebuluran telah meningkat melebihi paras kecemasan manakala kes kematian akibat punca sama turut menigkat.

Memetik sumber sama, anggota PBB turut menyatakan kebimbangan mereka terhadap kes tersebut memandangkan pertemburan masih berlaku.

Pegawai Unicef Selatan Sudan, Jeremy Hopkins berkata, lebih satu perempat daripada satu juta kanak-kanak mengalami masalah kebuluran yang teruk.

Tambah beliau, jumlah kematian akan meningkat jika bantuan makanan tidak mampu disalurkan dalam kadar segera.

NYT pada masa sama melaporkan kawasan Selatan Sudan merupakan salah satu daripada kawasan kecemasan terburuk di Afrika.

Antara masalah utama di Selatan Sudan adalah masalah mengakses bantuan memandangkan kedua-dua pihak iaitu pihak kerajaan dan pemberontak telah menyerang konvoi kemanusiaan.

Pegawai bantuan menggesa kumpulan bersenjata untuk membolehkan bekalan kecemasan untuk melalui kawasan mereka.

Antara masalah yang menjadi kebimbanga ialah ramalan kemarau apabila kajian melaporkan tahun ini bakal menjadi tahun yang sangat panas dan kering di kebanyakan negara timur Afrika.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

fifty two − 47 =