19 Februari Cuti Peristiwa Bagi Negeri Kelantan

بسم الله الرحمن الرحيم

22 JAMADIL AWWAL 1438H BERSAMAAN 19 FEBRUARI 2017M CUTI PERISTIWA BAGI NEGERI KELANTAN

Kerajaan Negeri Kelantan melalui Mesyuarat Ahli Majlis Kerajaan Negeri yang bersidang pada hari ini bersetuju memutuskan bahawa tarikh 22 Jamadil Awwal 1438H bersamaan 19 Februari 2017M iaitu hari ahad adalah hari cuti peristiwa bagi Negeri Kelantan.

Ia adalah bagi memberi peluang dan kemudahan kepada kakitangan kerajaan dan seluruh rakyat menghadiri Himpunan 355 yang akan diadakan pada 18 Februari 2017 di Padang Merbok, Kuala Lumpur.

USTAZ DATO’ HJ AHMAD YAKOB
(DATO’ BENTARA KANAN)
MENTERI BESAR KELANTAN
18 Jamadil Awwal 1438/15 Februari 2017

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 36 = forty five