Mufti Wilayah Terima Kunjungan Mursyidul Am PAS

Mufti Wilayah Terima Kunjungan Mursyidul Am PAS

Oleh: Asmaa Yusof

Mufti Wilayah Persekutuan, Sahibus Samahah Datuk Dr Zulkifli Al-Bakri menerima kunjungan mahabbah dari Mursyidul Am PAS, YBhg. Sohibul Fadhilah Tuan Guru Hj Hashim Jasin di pejabat rasmi beliau.

Demikian sumber diperoleh melalui laman media sosial Instagram Mufti Wilayah Persekutuan itu.

“Alhamdulillah semoga dengan ziarah mahabbah ini dapat menjalinkan ukhwah islamiah kita semua juga bermanfaat buat ummah.

“Justeru kami berharap agar umat lslam di Malaysia dapat mengeratkan perpaduan dan kesatuan ummah,” demikian catatan laman Instagram beliau.

Sambutan mesra Datuk Mufti terhadap lawatan Mursyidul Am PAS ini telah mendapat respon positif di kalangan warga netizen yang rata -rata menganggap beliau sebagai seorang yang amat terbuka dan bersungguh-sungguh mencari perpaduan di kalangan umat Islam dikala wujud segelintir ilmuan yang lebih gemar mewujudkan kekecohan yang mengelirukan umat Islam.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty six − = 76