Kerajaan Syria Jadikan Homs Sasaran Serangan Udara

Kerajaan Syria Jadikan Homs Sasaran Serangan Udara

Oleh: Asmaa Yusof

Konflik di Syria semakin meruncing selepas serangan terbaru jet kerajaan Syria telah mengebom sebuah daerah yang dikuasai pemberontak di bandar Homs; barat negara itu.

Menurut kumpulan penyelamat dan pemantau, serangan itu telah meragut nyawa beberapa orang penduduk bandar tersebut.

Media pro-kerajaan berkata, serangan pesawat Syria yang disasarkan pemberontak di kejiranan al-Waer adalah respon selepas pejuang dikeluarkan dari kawasan penempatan awam di Homs.

Kawasan Al-Waer menjadi tumpuan serangan sejak berbulan-bulan lalu menyaksikan pertempuran sengit tentera udara Syria dan Rusia termasuk wilayah Idlib yang dikawal oleh pembangkang Presiden Bashar al-Assad.

Al-Jazeera dalam laporannya berkata, Pusat Pemantauan Syria yang berpangkalan di Britain bagi Hak Asasi Manusia (SOHR) memaklumkan sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dalam pengeboman oleh pihak kerajaan itu.

Pertahanan Awam Syria yang merupakan pusat perkhidmatan menyelamat beroperasi di wilayah dikuasai pemberontak itu walaubagaimanapun tidak memberikan angka tepat jumlah kematian.

Namun demikian, mereka megesahkan laporan itu melalui laman sosial Facebook.

Seorang aktivis media pembangkang al-Waer, Osama Abu-Zeid, berkata bahawa serangan tersebut merupakan yang pertama tahun ini.

Unit media tentera yang dikendalikan oleh sekutu Lubnan Assad, Hizbullah, berkata tentera telah melepaskan tembakan roket.

Manakala, serangan melalui kapal terbang telah dijalankan mensasarkan tiga serangan terhadap pemberontak di al-Waer, yang katanya telah melanggar gencatan senjata.

Rabu lalu, Assad telah mengeluarkan kenyataan dengan menyatakan bahawa perjanjian perdamaian merupakan cara terbaik untuk menamatkan perang dan menuju ke arah penyelesaian politik.

http://www.aljazeera.com/news/2017/02/syrian-government-jets-target-rebel-held-area-homs-170208194248750.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

21 − = nineteen