3 Lori Hantar Sumbangan Rakyat Malaysia ke Idlib

Oleh : Abdul Muhaimin Muhammed

HATAY, Turki – Tiga trak sarat sumbangan rakyat Malaysia yang dibawa Misi Kemanusiaan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Terengganu (YAMCT) untuk membantu pelarian Syria, yang telah diatur oleh NGO Turki, Cansuyu.

Lori tersebut membawa bekalan berupa bekalan makanan, keperluan bayi dan keperluan untuk kebersihan ke wilayah Idlib di Syria petang ini.

Selain daripada itu, tikar musim sejuk juga akan dibekalkan dengan muatan sebuah trak itu akan bergerak Ahad dan Isnin, bagi membantu pelarian Syria.

Ketua Delegasi Misi Kemanusiaan Syria YAMCT, Cikgu Fauzi Abu Samah berkata, bantuan tersebut akan di agihkan kepada pelarian di Idlib dan Reyhanli yang mana di sekitar kawasan ini dianggarkan seramai 100 ribu pelarian yang melarikan diri untuk mendapatkan perlindungan,”

“Air mata saya berguguran apabila diberi peluang melawat sebuah bangunan yang separuh siap yang mana saya dimaklumkan di tempat ini dijadikan sebagai hospital bagi merawat warga Syria yang terkena serangan di negara mereka.

“Ada yang patah kaki, ada yang buta dan ada yang lumpuh, ketika ini saya tidak dapat lagi menahan kesedihan melihat sendiri nasib yang menimpa mereka,” katanya.

Menurutnya, misi kali ini digerakkan ke Turki pada kali ini memandangkan sudah 4 tahun kebelakangan ini banyak bantuan dihantar ke sempadan Jordan; Al-Mafraq.

“Untuk kali ini, YAMCT banyak fokuskan ke Turki dengan kerjasama Cansuyu salah satu NGO berdaftar di Turki,

“Di Turki sahaja dimaklumkan seramai 3.5 juta pelarian yang telah melarikan diri mencari perlindungan,” tambah beliau.

Sehubungan itu, beliau berkata, kunjungan ke sempadan Syria-Jordan tidak diabaikan, bahkan delegasi yang sama akan bergerak dan tiba di sana, pada pada 12 Januari nanti.

Katanya, delegasi YAMCT akan cuba memberi tumpuan untuk mengagihkan kepada pelarianyang berada di lokasi terbabit.

Sementara itu, wakil Cansuyu Yilmaz Balcin berkata pihaknya tidak mencadangkan delegasi ke Idlib, Syria kerana keadaan yang amat berisiko.

“Pada awalnya kami memang rancang untuk membawa semua Delegasi YAMCT ke dalam Idlib, oleh kerana pihak kami Cansuyu di berikan maklumat bahawa berlaku situasi yang amat berisiko di dalam Idlib,

“selepas Aleppo digegarkan serang demi serangan maka kami memutuskan hanya membawa delegasi ke pintu sempadan di Rehanly Hatay,”kat Yilmaz.

Justeru itu, walaupun merasa sedikit kecewa, anggota delegasi, Che Salmi Ibrahim, berpuas hati dengan pengaturan hantaran bantuan yang diselenggara Cansuyu.

“Kami amat berpuas hati dengan apa yang di aturkan oleh Cansuyu dari awal hingga akhir persiapan bekalan bantuan ke Syria.

“Pada mulanya kami tidak menjangkakan persiapan sebegini rupa. Dan kami amat kagum dengan semua yang diaturkan sehingga kami diberi peluang untuk melihat sendiri bekalan ini dibawa ke pintu sempadan,” jelasnya.

Oleh kerana itu, menurut Cikgu Fauzi, kesempatan yang ada akan mengalihkan tumpuan delegasi YAMCT untuk menziarahi sekolah anak-anak Syria yang berada di sempadan tersebut.

“Pada esok hari Insya Allah, pula Delegasi YAMCT akan di bawa ke Sekolah anak-anak Syria untuk melihat sendiri perjalanan persekolahan yang menempatkan majoriti anak yatim dari Syria.

“Insya Allah, segala sumbangan dari rakyat Malaysia akan di salurkan kepada sasaran yang memerlukan,” kata beliau lagi.

(Pautan asal: http://www.buletinonline.net/v7/index.php/tiga-trak-sarat-muatan-sumbangan-rakyat-malaysia-di-hantar-ke-idlib/ )

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

sixty five − = sixty two