Aleppo: Islam Tegas Menentang Kezaliman

Oleh: Asmaa Yusof & Adilah Safiuddin

Insiden pengeboman berani mati baru-baru ini melibatkan di bandar Aleppo mendapat perhatian Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan bagi menzahirkan kemarahan terhadap tindakan tersebut.

Setiausaha Kesatuan Ulama Islam Sedunia, Dr Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi dalam kenyataan tersebut mengecam tindakan itu dan menyifatkan ia dilakukan oleh pihak yang zalim dan memusuhi Islam.

Beliau menyatakan pendirian bahawa Islam sama sekali menentang perbuatan zalim melibatkan nyawa rakyat yang tidak bersalah.

“Tindakan berani mati ini hanya bertujuaan menggalakkan pembunuhan dan meragut nyawa terhadap mereka yang tidak bersalah serta keamanan nyawa –nyawa mereka.

“Tindakan pengeboman berani mati tidak memberi sebarang impak yang baik kecuali kepada musuh-musuh Islam.

“Ia hanya akan mencacatkan imej Islam yang membawa seruan kesejahteraan dan berkasih-sayang sesama manusia,” demikian penegasan dibuat setiausaha KUIS.

Mengakhiri kenyataan, Dr Ali Muhyiddin al-Qurrah Daghi menyeru umat Islam dan para ulamak keseluruhanya agar bersatu menyampaikan mesej Islam yang sahih.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION