Teknologi Dorong Anak Muda Suka Mengkritik?

Oleh: Dr Muhammad Faisal

Anak muda kini berada dalam zaman teknologi yang menggalakkan masyarakatnya berfikir. Lagi banyak teknologi menandakan lagi banyak orang yang berfikir kerana menghasilkan sesuatu teknologi mestilah dengan berfikir. Sama ada mereka berfikir secara matang atau sebaliknya, akan di ulas dalam kesempatan yang lain. Apa yang pasti di sebalik teknologi itu ialah berfikir.

Sejajar dengan perkembangan teknologi komunikasi, generasi muda diajar menggunakan alat komunikasi itu dengan pelbagai cara, sementelah lah pula ia adalah alat serbaguna. Mereka menggunakan alat itu untuk bersms, berwasap, mengurus emel, membayar pelbagai bil, online shopping, dan termasuklah bermain game.

1- Teknologi komunikasi ini telah mendorong penggunanya *hidup sendiri dengan bantuan teknologi, tanpa bergantung dengan orang lain*. Semuanya boleh dibuat dengan bantuan alat teknologi.

*KESAN* – Hidup menjadi individualistik dan berjiwa kecil iaitu menumpukan kepada kepentingan diri sendiri sahaja berbanding kepentingan orang lain. Jiwa besar ialah mereka yang boleh bersusah payah untuk orang lain atau mengenepikan kepentingan diri untuk orang lain. Pertimbangan yg berasaskan kepada kemanusiaan semakin longgar.

2- Teknologi komunikasi membolehkan mereka membelek-belek telefon itu dalam menggunakan application. *Ini menjadikan mereka suka kepada aspek praktikal yang mereka boleh belek-belek / godek-godek*. Manakala aspek teori kurang digemari. Begitu juga, mereka gemar bermain game perang.

*KESAN* – Fikiran mereka lebih tertumpu kepada practical based, bukan kepada perkara yang abstrak dan perkara teori. Mereka kurang suka kepada perkara masa depan yang tidak boleh diukur secara factual. Namun, perkara agamalah yang sebahagiannya memerlukan kepada keimanan dan kepercayaan kepada Allah yang maha kuasa. Tumpuan kepada aspek ini akan membawa sedikit masalah dengan orang yang _overdose_ dalam aspek technical based ini kerana ukuran mereka kepada aspek tangible yang hanya diukur secara objektif dan mata kasar. Manakala perkara yang berkait dengan keberkatan, dosa pahala, kuasa Allah dll, kurang diberikan perhatian.

3- Teknologi komunikasi telah mendorong mereka mereka menggunakan seseuatu perkara berdasarkan kepada template yang diberikan. Mereka boleh guna template itu berdasarkan kepada apa yang mereka inginkan kerana teknologi membolehkan mereka berfikir secara sistematik.

*KESAN* – Dalam semua perkara mereka rasa mereka boleh buat. Tetapi mungkin mereka kurang sedar bahawa pengalaman lepas tidak boleh diabaikan kerana pengalaman lalu ada template yang tidak boleh digunakan dalam kes tertentu. Jadikan pengalaman mereka yang telah lalu sebagai panduan dan hormatilah nasihat dan pandangan mereka.

*KESIMPULAN*

a. Orang yang berada dalam zaman teknologi ini kurang gemar banyak mendengar, tetapi mahu banyak bertindak. Hasil yang mereka ingin cetuskan ialah tangible iaitu benda yang nampak berbanding dengan benda yang abstrak.

b. Mereka suka customize sebarang aktiviti berbanding hanya pasif mendengar. Oleh sebab itu, mereka suka paling kurang pun ceramah yang ada power point untuk membolehkan mereka melakukan aktiviti melihat selain dari mendengar.

c. Kalau mereka berada dalam organisasi, mereka mahu terlibat sama dalam membuat keputusan dan perancangan. Oleh sebab itu mereka mengkritik amalan dan perancangan yang sedia diamalkan oleh pemimpin yang sedia ada. Mereka mungkin memberikan komen pedas berdasarkan kepada apa yang mereka fikirkan yang mungkin tidak realistik. Di samping itu, ada juga pandangan mereka yang bernas sesuai dengan zaman mereka. Namun, zaman akan mendewasakan mereka.

*NAMUN KENA FAHAMKAN MEREKA BAHAWA MENGKRITIK ITU ADA BATASNYA*

http://myfaisalonline.blogspot.my/2015/12/kenapa-anak-muda-suka-mengkritik-siri-1.html?m=1

*penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali. Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

+ 34 = thirty eight