Baghdad Diletupkan Hingga Meragut Nyawa

Oleh: Rabiatul Adawiyah Abdul  Zabar

Penduduk Baghdad baru-baru ini digemparkan dengan dua insiden serangan berani mati yang berlaku di pusat kota itu dan meragut nyawa sekurang-kurangnya 28 mangsa dan mencederakan 54 yang lain.

Demikian menurut laporan daripada pihak polis dan anggota perubatan Iraq sebagaimana dipetik dari sumber Al Jazeera.

Insiden yang dikatakan dilakukan dua orang pengebom berani mati bertindak menuju ke deretan kedai alat ganti kenderaan berhampiran pasar Al-Sinak di pagi Sabtu lalu.

Polis berkata serangan pertama dilaporkan berlaku di pintu masuk pasar Al-Sinak manakala serangan kedua berlaku di dalam kawasan kejadian.

Menurut jurucakap agensi keselamat kerajaan, Saad Maan, letupan tersebut dilakukan oleh dua orang pengebom berani mati yang mengikat bahan letupan di badan mereka.

Dalam perkembangan lain, pihak keselamatan melaporkan pada hari sama mereka berjaya menggagalkan satu cubaan pengeboman berani mati yang disasarkan ke Kadhimiyah di utara Baghdad.

“Berdasarkan sumber penyiasatan, pasukan keselamatan di utara Iraq berjaya mengesan bom kereta bersama dua orang pengebom berani mati yang cuba dihalakan ke kawasan Kadhimiyah,” demikian menurut satu kenyataan dikeluarkan Operasi Keselamatan Baghdad.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seventy nine − = 76