Menolak Kemungkaran Dan Bidaah

SIRI PERKONGSIAN HADIS

HADIS KELIMA (5)

Menolak Kemungkaran Dan Bidaah

أُمِّ الْمُؤْمِنِيْنَ أُمِّ عَبْدِ اللهِ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا قَالَتْ : قَالَ رَسُوْلُ الله صلى الله عليه وسلم : مَنْ أَحْدَثَ فِي أَمْرِنَا هَذَا مَا لَيْسَ مِنْهُ فَهُوَ رَدٌّ.

[رواه البخاري ومسلم وفي رواية لمسلم : مَنْ عَمِلَ عَمَلاً لَيْسَ عَلَيْهِ أَمْرُنَا فَهُوَ رَدٌّ ]

[A] MAKSUD HADIS

Dari Ummul Mukminin Ummu Abdillah Aisyah RA, ia berkata bahawa Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa mengada-adakan dalam perkara agama kami ini, sesuatu yang bukan bahagian darinya asalnya, maka hal itu tertolak.”

Dalam Riwayat Muslim yang lain disebutkan, “Barangsiapa mengerjakan suatu amalan yang tidak ada keterangannya dari kami, maka ia ditolak.

[Hadis Riwayat Bukhari & Muslim]

[B] KEDUDUKAN HADIS

Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dalam kitab Sahih Bukhari pada hadis bernombor 2 550. Imam Muslim pula meriwayatkan dalam kitab Sahih Muslim pasa hadis bernombor 1 718.

Hadis ini merupakan salah satu keutamaan terpenting dalam Islam. Hadis ini merupakan timbangan untuk menilai amal dari sisi lahir dan setiap amal tidak ada tuntutan dari Allah dan RasulNya, maka amal tersebut ditolak. Setiap orang yang mengada-adakan perkara baru yang tidak ada dalilnya dalam ketentuan dari Allah dan RasulNya, bererti itu bukanlah dari agama.

Imam Nawawi berkata, “Hadis ini harus dihafal dan dijadikan dalil untuk mematahkan kemungkaran.”

[C] FIQHUL HADIS

1. Rasulullah SAW telah menjaga agama ini dari perbuatan yang melebih-lebihkan. Hadis ini memiliki redaksi yang singkat, tetapi bermakna padat. Hal ini diambil dari banyak ayat Al-Quran yang menerangkan bahawa beruntung dan selamatlah orang yang mengikuti petunjuk Rasulullah SAW tanpa menambah dan memaksa-maksakan.

2. Hadis ini secara tegas menetapkan bahawa setiap amal yang tidak ada tuntutannya dalam syariat, tertolak. Secara konkrit hadis ini menerangkan batasan amal-amal tersebut dengan hukum-hukum syariat dan semua amal orang-orang mukallaf itu dihukumi dengan apa yang tertera di dalam Kitabullah dan Sunnah Rasulullah SAW, baik berupa perintah mahupun larangan. Sudah merupakan kesesatan nyata jika amal-amal tersebut tidak sesuai dengan syariat sehingga saat itu amallah yang menjadi penetap syariat, bukan syariat yang menetapkan amal.

[D] INTISARI HADIS

Dalam hadis ini disebutkan bahawa orang yang melakukan bidaah bertentangan dengan syariat Islam, maka dosanya akan dilimpahkan kepadanya, amalnya ditolak, dan dia mendapatkan ancaman Allah SWT.

Disediakan oleh, Mohamad Zulkifli.

SUMBER RUJUKAN

Kitab Al-Wafi, Syarah Hadis Arba’in Imam An-Nawawi, karangan Dr Mustafa Dieb Al-Bugho dan Dr Muhyiddin Mistu.

06 Januari 2017 M
07 Rabi’ul Akhir 1438 H

*tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

twenty two + = 25