Ujian Yang Menggugat Keimanan

UJIAN YANG MENGGUGAT KEIMANAN

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Kadang-kadang kita yang belum diuji dengan pangkat dan jawatan, boleh berkata macam-macam. Namun bila benar-benar diuji, sesungguhnya nafsu serakah itu begitu membara dan sukar ditewaskan.

Aku mohon, diriku dan sahabat beriman tidak diuji dengan ujian yang menggoncangkan iman.

Adakah bayang-bayang kuasa dan pangkat akan menutup kebenaran? Benarkah berpegang dengan kebenaran di akhir zaman umpama memegang bara Api?

Nampaknya sememang begitu. Berapa ramai yang tahan tangannya terus dibakar dan kotor? Berapa ramai yang sanggup bekerja dengan kebenaran untuk dihina dan difitnah sepanjang masa?

Adakah ukhuwah keimanan lebih mudah dikorbankan berbanding terus kekal berpihak dan bersahabat dengan kebenaran?

Tika belum diuji…..

Ya Allah selamatkanlah kami dari kepalsuan dan kepura-puraan dengan kebenaran.

*Penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali. Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

1 + eight =