Usah Cemari Tahun Baru Dengan Maksiat

Oleh: Asma

Sambutan tahun baru yang masih menggunakan konsep hiburan mendapat teguran Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria semalam.

Memetik sumber akhbar sinar harian, beliau berkata pesta yang menjurus kearah gejala soasial dan maksiat perlu dihentikan dan menukarkannya melalui aktiviti keagamaan.

Tegas beliau, kerajaan sepatutnya mengambil contoh zaman pentadbiran perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman.

Katanya, zaman Tunku Abdul Rahman menganjurkan rakyat beragama Islam supaya menghidupkan sambutan tahun baru dengan mendoakan keamanan negara.

Kesal dengan sikap kerajaan yang menjadikan pesta maksiat sebagai meraikan sambutan tahun baru, Mufti Perak itu menyeru supaya rakyat diajar untuk mendekatkan diri dengan agama dan tidak didedahkan dengan maksiat.

Dalam teguran sama, Tan Sri Harussani Zakaria mencadangkan kerajaan bersatu dan bekerjasama dengan kesemua ketua agama untuk mengadakan program keagamaan di rumah ibadat masing-masing.

“Ini masanya kita pupuk kembali apa yang telah kita tinggalkan supaya dapat mengembalikan suasana sambutan tahun baharu yang lebih keagamaan,” kata beliau.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− 1 = one