Pusara Tanpa Nisan Ditinggalkan Bersama Kesakitan

Pusara Tanpa Nisan Ditinggalkan Bersama Kesakitan
Oleh: Aisyah Yamin

Terkini, puluhan ribu orang telah meninggalkan timur Aleppo selepas termeterai perjanjian untuk mengosongkan kawasan tersebut.

Menurut Abdullah (bukan nama sebenar) yang merupakan orang terakhir meninggalkan bandar bergolak itu, beliau bersama isteri dan dua orang anak seolah-olah telah kehilangan harapan apabila terpaksa berpindah ke wilayah pemberontak di luar bandar tersebut.

Jelasnya, orang ramai tidak dibenarkan membawa barangan mereka ke tempat pemindahan baru kerana semuanya akan dibakar.

Beliau berkata, dia turut menyaksikan cubaan gangguan tentera pro kerajaan terhadap orang awam dengan mengenakan syarat-syarat yang dahsyat selain ancaman kebuluran ekoran pengepungan tersebut.

“Kami telah kehilangan tempat tinggal, tiada makanan dan air.

“Kami juga terpaksa menggunakan barang-barang yang ada sahaja untuk mendapatkan kehangatan,” katanya.

Seramai 35,000 orang telah meninggalkan timur Aleppo pada bulan ini dan berpindah ke wilayah Idlib di mana mereka kini memulakan kehidupan baru di sana.

Menurut sumber sama, mereka mengakui keadaan keselamatan adalah lebih baik di sana dan sehingga kini tiada bom atau serangan udara yang berlaku.

Menurut Taraqji, keadaan di penempatan tersebut tidak seperti di Aleppo.

Keluarganya mempunyai makanan yang cukup di Idlib.

Walau bagaimanapun, mereka masih trauma dengan kejadian di Aleppo.

“Kami tidak akan kembali ke rumah lama kami.

“Kehidupan dan kenangan kami telah disemadikan di sana kita tidak boleh kembali.” katanya.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

seven + two =