Berpolitik Dengan Petunjuk Agama

BERPOLITIKLAH DENGAN PETUNJUK AGAMA

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Siasah hari ini perlu mengembalikan nilai ihsan. Kerana ia adalah antara intipati cara siasah Nabi Muhammad SAW.

Politik yang menghadirkan jiwa tasawuf perlu ditegakkan selepas banyaknya pemain politik tumbang dengan perangkap-perangkap samar syaitan yang menghiasi perbuatan dan tindakan politik untuk tidak sepenuhnya semata-mata kerana Allah.

Masakan tidak rosak amalan dan niat si pelaku politik.

Memberi bantuan, senyum bergambar. Untuk siapa gambar itu? Redha Allah atau “millage” politik?

Menunaikan umrah, berselfie di Kaabah, untuk apa selfie itu? Rekod simpanan malaikat atau tunjukkan, “aku sedang mulia di sisi Kaabah?”.

Mengharungi lopak memberi bantuan, gambar tersusun. Maka wujudkah sifat ihsan dalam berpolitik?

Adakah haram berselfie?
Haram bergambar? Tidak, malah harus.

Namun, kebiasaan iblis dan syaitan menyesatkan manusia dengan menukar niat tulus manusia mencapai redha Allah dengan perkara harus yang tidak nampak sedang dipimpin dengan niat yang jahat menuju kehancuran Ikhlas berjuang.

Rosak niat di hati tidak nampak. Namun, kerosakkan yang itulah penyebab utama keikhlasan dalama diri semakin terhakis.

*penulis merupakan Felo Akademi Al-Ghazali. Tulisan ini sama sekali tidak mewakili pendirian rasmi pihak Media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (Cawangan Asia Tenggara).

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

65 − fifty nine =