Sokongan Hentikan Penempatan Haram Yahudi Dapat Perhatian

Sokongan Hentikan Penempatan Haram Yahudi Dapat Perhatian

Oleh: Akhir Muhammad

Seramai 14 orang duta negara anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) yang mengundi terhadap sokongan resolusi mengutuk aktiviti penempatan Yahudi telah dipanggil oleh Israel, menurut jurucakap Kementerian Luar sebagaimana dinyatakan melalui Al Jazeera baru-baru ini.

Menerusi resolusi tersebut, Israel digesa menghentikan sepenuhnya segala aktiviti penempatan Yahudi di wilayah Palestin yang diduduki termasuk di timur Baitulmaqdis dengan segera.

Memetik sumber sama, penempatan dibangunkan oleh Israel adalah tidak sah disisi undang-undang dan berbahaya kerana boleh menjejaskan penyelesaian konflik antara dua negara.

Selain itu, Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menolak resolusi itu dan menganggap ia sebagai ‘tamparan yang memalukan terhadap Israel’, serta mengulangi dakwaan pada Ahad lalu bahawa Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dan Setiausaha Negara, John Kerry merupakan dalang di sebalik resolusi tersebut.

“Kami tidak ragu-ragu mengatakan bahawa pentadbiran Obama memulakan perkara ini, berdiri di belakangnya, menyelaraskan draf dan menuntut supaya diluluskan,” kata Netanyahu pada awal mesyuarat mingguan kabinet.

Walaupun resolusi itu tidak mengandungi sekatan, pegawai Israel menzahirkan kebimbangan disebabkan ia boleh membawa kepada kemungkinan pendakwaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Disamping itu, mereka turut bimbang perkara tersebut menggalakkan negara-negara lain melakukan sekatan terhadap penduduk Israel serta barangan yang dihasilkan di kawasan penempatan.

Perkara itu turut dilaporkan oleh radio tentera menyatakan bahawa Lieberman mengarahkan pasukan keselamatan Israel untuk menghentikan semua kerjasama berkaitan hal-hal awam dengan rakyat Palestin pada masa sama mengekalkan penyelarasan keselamatan.

Pautan asal: http://www.aljazeera.com/news/2016/12/israel-summons-14-ambassadors-settlement-vote-161225105044485.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

42 − = thirty five