Kebebasan Media Untuk Bela Golongan Tertindas

Kebebasan Media Untuk Bela Golongan Tertindas
Oleh: Zaim Assibaie

Setiausaha Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, Sheikh Dr Ali Muhyiddin Al-Qurrahdaghi dalam satu kenyataan mengatakan bahawa Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mendokong bersama hak kebebasan dunia kewartawanan, malah berharap agar hak ini dapat membela golongan yang dizalimi.

Dalam kenyataan sama beliau turut menegaskan, kebebasan media perlu dijaga bersama dan perlunya saling berganding bahu memerangi penyekatan terhadap dunia kewartawanan

“Sesungguhnya kami dalam Kesatuan Ulamak Islam Sedunia -yang mewakili sebahagian ulama besar dunia- bersama-sama bersetuju dengan kuasa kebebasan kewartawanan dan menyokong agar hak ini digunapakai dalam menyingkap dan membongkarkan perbuatan golongan yang melakukan kerosakan di segenap pelusuk alam dan membela hak golongan yang dizalimi.

“Kebebasan media adalah satu kuasa yang perlu sama-sama dijaga oleh semua lebih-lebih lagi organisasi dan pertubuhan-pertubuhan yang wujud dalam sekitar masyarakat madani.

“Semua pihak perlu saling berganding bahu dalam memerangi penyekatan terhadap dunia kewartawanan dan perkara ini dianggap sebagai satu jenayah walau di mana sekalipun,” ujarnya.

Beliau turut mengingatkan bahawa kebebasan adalah prinsip asas yang diperjuangkan oleh agama Islam.

Di akhir kenyataan itu, beliau turut menyatakan solidariti bersama Al-Jazeera dan menyeru semua pihak agar menyokong kebebasan dunia kewartawanan ekoran insiden penahanan seorang wartawan agensi itu di Mesir.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

71 + = seventy six