Sebarkan Manhaj Pemikiran Yang Betul

Sebarkan Manhaj Pemikiran Yang Betul

Oleh: Asmaa Yusof & Norafidah

Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS) cawangan Palestin dan bahagian pendidikan – utara Semenanjung Gaza baru-baru ini menganjurkan Majlis Graduasi Kursus Perundangan Syariah dan Fiqh Kenegaraan.

Majlis Graduasi tersebut telah berlangsung pada Ahad lalu di utara Semenanjung Gaza.

Menurut laman Facebook rasmi Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, majlis graduasi tersebut diadakan bertujuan meraikan para pelajar yang telah menamatkan pengajian tersebut.

Pengerusi KUIS Cawangan Palestin, Dr Marwan Abu Ras dan Dr Nasir Maarof antara yang menghadiri majlis tersebut selain para graduan yang telah menamatkan sesi kursus mereka.

Dr Marwan dalam ucapannya telah mengucapkan rasa syukur di atas penganjuran kursus itu.

Menurut beliau, kursus tersebut merupakan usaha yang baik dalam menggalakkan umat Islam berfikir berlandaskan pemikiran yang lebih baik dan akidah yang sempurna.

Sebagai tanda penghargaan, beliau turut mengucapkan terima kasih kepada tenaga pendidik atas kesungguhan menyampaikan ilmu.

Peda masa sama, Presiden serta Setiausaha Agung KUIS, Sheikh Dr Yusuf al-Qaradhawi dan Dr Ali al-Qurrahdaghi turut menghantar ucapan tahniah atas kejayaan tersebut.

Dalam majlis itu, Dr Nasir Maarof turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat.

“Terima kasih kepada Cawangan Kesatuan Ulamak Islam Sedunia atas usaha keras mereka dalam menyebarkan pemikiran serta budaya Islam yang sebenar.

“Terima kasih juga kepada para graduan.

“Teruskan menuntut ilmu semoga Allah SWT akan menghidupkan umat Islam dengannya,” ujar beliau.

Majlis graduasi tersebut mengumpulkan 300 orang dan disempurnakan dengan acara penyampaian sijil, ucapan terima kasih serta penghargaan kepada para pendidik dan pensyarah kursus.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

22 + = twenty eight