Khilaf Ulama : Saksi Musyrik Dalam Wasiat

Khilaf Ulama : Saksi Musyrik Dalam Wasiat

Wasiat digalakkan sama ada pada masa musafir ataupun pada masa hadir. Wasiat dilakukan sebaik-baiknya dengan mengadakan saksi supaya tidak berlaku pertelingkahan dan ia mengukuhkan wasiat itu.

Terdapat kekhilafan di kalangan ulama adakah saksi dibolehkan daripada kalangan bukan Islam dalam keadaan musafir atai tidak. Mengikut jumhurul ulama (kebanyakan ulama) antaranya Imam Syafie, Imam Malik dan imam beberapa Mazhab yang lain mengatakan tidak boleh orang kafir menjadi saksi walaupun dalam perkara wasiat.

Ini kerana ayat ini membolehkan orang kafir menjadi saksi telah dinasakhkan oleh ayat yang lain dalam Surah al-Baqarah yang bermaksud : “..daripada orang yang kamu reda di kalangan saksi.” (Surah al-Baqarah : 282)

Dan juga firman Allah yang bermaksud : “..dan bersaksikanlah dengan dua orang yang adil di kalangan kamu (orang-orang yang beriman).” (Surah at-Tolaq:2)

Orang yang adil ialah orang yang beriman dan tidak mengerjakan dosa besar dan tidak mengekali dalam mengerjakan dosa kecil dan tidak melakukan perkara yang menjatuhkan maruh.

Adapun orang kafir, mereka lebih daripada fasik. Orang fasik pun tidak boleh menjadi saksi maka bagaimana orang kafir yang lebih daripada fasik boleh menjadi saksi.

Adapun Imam Abu Hanifah (Imam Mazhak Hanafiah) menyatakan bahawa orang kafir boleh menjadi saksi dalam masalah wasiat berdasarkan ayat yang ditafsirkan ini.

Ayat yang dibaca ini ialah ayat yang ‘muhkamah’ (yang dipakai hukumnya) bukan ayat yang ‘mansukhah’ (yang dinasakhkan).

Mengikut kaedah yang dipakai mengikut ulama sekiranya mendapat percanggahan di antara dua ayat al-Quran ayat yang pertama menyatakan orang kafir boleh menjadi saksi ketika musafir, yang disebut di dalam ayat Suratul Maidah merupakan surah terakhir diturunkan. Selepas itu Nabi s.a.w diwafatkan.

Apabila timbul pertelingkahan di antara dua ayat, para ulama mengatakan ayat pertama dihimpunkan dan ia ditafsirkan dalam keadaan yang lain.Sementara ayat satu lagi ditafsirkan dalam keadaan yang lain pula.

Ayat yang mengatakan bahawa saksi daripada kalangan orang bukan Islam dibolehkan untuk dilaksanakan ketika musafir sementara ayat mesti orang Islam menjadi saksi dilaksanakan dalam keadaan sebaliknya.

Ulama mengatakan sekiranya siketahui tarikh mana ayat yang terdahulu dan mana yang terkemudian menasakhkan yang terdahulu.

Hukum yang kemudian dipakai sementara hukum yang terdahulu dibatalkan kerana yang kemudian membatalkan yang terdahulu dan ia dinasakhkan oleh Allah melalui firman-Nya.

Sekiranya tidak diketahui tarikh dan latar belakang diturunkan sesuatu ayat, biasanya khulafaur Rasyidin termasuk Abu Bakar, Umar, Othman dan Ali, akn bertanyakan orang ramai dalam masjid tentang sesiapa yang mengetahui latar belakang turunnya ayat tersebut.

Ada yang memberitahu latar belakang turun ayat berkenaan dan masa diturunkan dengan jelas. Jika tidak diketahui bila masa diturunkan mereka mentarjihkan ayat berkenaan dengan melihat mana lebih kuat hujahnya maka dipakai yang lebih kuat hujah berkenaan.

Inilah punca timbulnya masalah kekhilafan di kalangan ulama.

Kekhilafan juga berlaku di antaranya kerana perpindahan para sahabat ke sesuatu tempat. Ada sahabat yang pergi ke Mesir, ke Syam (Syria) dan ada yang ke Yaman.

Perjalanan darat ke Yaman pada masa itu memakan masa berbulan-bulan. Di Yaman umpamanya, sahabat berkenaan  menghukum berdasar kepada ayat yang diturunkan sebelum mereka berhijrah ke negeri berkenaan.

Kadangkala berlaku perselisihan pendapat dalam menafsirkan ayat al-Quran termasuk dalam soal menyentuh perempuan.

Perkataan ‘Laamasa’ dalam bahasa Arab boleh diterjemahkan dalam dua makna pertama dengan maksud menyentuh kulih dan kedua dengan makna bersetubuh.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

2 + three =