Pimpinan Contoh Utamakan Ibadah Menjadi Qudwah

Pimpinan Contoh Utamakan Ibadah Menjadi Qudwah

Oleh: Asmaa Yusof

Yang Di Pertuan Agong, Sultan Muhammad V dikenali sebagai sultan yang sangat mengambil berat soal agama dengan menghadiri solat berjemaah dan kuliah-kuliah agama.

Terbaru, kunjungan baginda solat berjemaah di Masjid Kem PGA Cheras mencuri tumpuan penduduk.

Faizu, salah seorang ahli jemaah masjid tersebut semasa dihubungi media Kesatuan Ulamak Islam Sedunia (KUIS), semalam menceritakan pengalamannya bersama baginda sultan.

Katanya, beliau cukup teruja dan terkejut semasa melihat YDPA berada di hadapannya semasa solat jemaah.

“Sultan Muhammad merupakan agong yang luar biasa.

“Saya tidak menduga susuk tubuh berdiri di hadapan saya semasa solat maghrib tadi adalah beliau,” ujar beliau seakan tidak percaya apa yang dilihat.

Tambah Faizu, walaupun kehadiran polis yang mengawal pergerakan baginda sultan, itu tidak menghalangnya beramah mesra dengan rakyat.

Ujarnya lagi, ramai mengambil kesempatan untuk bersalaman selepas solat dan dia berbangga terhadap akhlak yang ditunjukkan Sultan Muhammad V.

Mengakhiri perbualan, beliau berharap agar keperibadian YDPA menjadi contoh kepada rakyat jelata.

Yang Dipertuan Agong Sultan Muhammad V secara rasminya ditabalkan sebagai YDPA ke-15 Malaysia pada 13 Disember lalu.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

− five = one