Acheh: Gempa Bumi Jejaskan Penempatan

Acheh: Gempa Bumi Jejaskan Penempatan

Oleh: Aisyah Yamin

Satu gempa bumi melanda Pulau Sumatera, Indonesia, mengakibatkan sekurang-kurangnya 97 orang terbunuh manakala puluhan terperangkap dalam runtuhan, lapor Al-Jazeera.

Panglima tentera wilayah tersebut, Mejar Jeneral Tatang Sulaiman memberitahu agensi berita DPA bahawa 97 orang disahkan terbunuh.

Agensi mitigasi Bencana Negara pula melaporkan seramai 78 orang telah mengalami kecederaan yang serius dalam insiden yang berlaku 7 November lalu.

Dalam perkembangan sama, ketua daerah Pidie Jayat, Ayyub Abbas menambah, beratus-ratus mangsa gempa bumi tercedera dan puluhan bangunan ranap.

Ayyub memberitahu bantuan peralatan diperlukan segera untuk memulakan operasi pembersihan sekitar kawasan kejadian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Daerah Pidie Jaya, Said Mulyadi melaporkan kepada agensi berita AFP seramai tujuh orang kanak-kanak turut menjadi mangsa korban gempa bumi itu.

Menurut beliau lagi, pihak hospital tidak mampu menampung bilangan pesakit yang ramai ekoran kejadian tersebut dan memberitahu pesakit terpaksa dihantar ke hospital daerah jiran.

Gempa bumi itu berlaku awal pagi waktu subuh. Ketika itu, beberapa wilayah yang majoriti penduduknya Muslim sedang bersedia untuk solat Subuh.

Menurut pihak berkuasa Indonesia, tiada amaran tsunami dikeluarkan ekoran bencana itu.

Pihak pengurusan bencana memaklumkan meraka kini dalam usaha menyelamatkan mangsa yang masih terperangkap di bawah runtuhan bangunan.

http://www.aljazeera.com/news/2016/12/25-people-killed-indonesian-earthquake-161207042320684.html

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

17 + = twenty four