Rohingnya Dan Iman

ROHINGYA DAN IMAN

Oleh: Ahmad Hakimi Othman

Berita saudara seakidah dikejami di Myanmar sudah lama berlaku. Namun tetap sahaja seperti ia tidak akan selesai. Kita umat yang dihubungkan dengan iman kepada Allah, masih lagi dibelenggu dengan segala kelemahan dan kedhaifan. Umat yang ramai, tetapi tidak digeruni musuh-musuh atau kawan.

Maka, sangat mengharapkan Allah membantu saudara-saudara kita di sana. Apatah lagi, bulan ini dikatakan bulan Maulid Nabi Muhammad SAW. Di saat tahun kelahiran Nabi Muhammad SAW telah berlaku mukjizat besar. Mukjizat Allah memelihara syiarNya di bumi berkah, Makkah Al-Mukarramah. Tatkala tiada seorang pun yang beriman dan benar-benar melaksanakan syariatnya, namun Allah masih melindungi Mekah dari dihancur Abrahah dan pasukan bergajahnya.

Sebagaimana Allah mampu menghantar tentera-tentera berupa burung Ababil menyerang Abrahah yang degil mahu menghancurkan Kaabah. Moga Allah juga menghantar bantuan tentera-tentera makhlukNya untuk melindungi saudara kami Rohingya di Myanmar. Kalau Allah mampu melindungi Kaabah yang tidak bernyawa, maka pastinya jua, Allah mampu menganugerah mukjizatNya yang besar juga kepada umat Nabi Muhammad SAW yang sedang dilapah dan diratah penzalim-penzalim penyembah berhala di Burma yang kini tiada hati perut membunuh saudara-saudara Islam di sana.

Moga Allah menghantar bantuanNya kepada orang beriman Rohingya. Hantarlah angin, ribut, api atau apa sahaja yang boleh membantu dan mententeramkan saudara seakidah kami di sana. Ya Allah, bantulah hamba hambaMu yang beriman dan lemah ini !

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

eighty five − 79 =