Kemusnahan Aleppo: Peguam Jerman Mahu Dakwa Assad

Oleh: Akhir Muhammad

Sekumpulan peguam di Jerman merancang untuk mendakwa Presiden Syria, Bashar al-Assad, atas kesalahan jenayah perang yang dilakukan oleh tenteranya dan sekutu luar negara di wilayah bergolak, Aleppo.

Isnin lalu, para peguam tersebut menyerahkan aduan ke atas jenayah Assad kepada pihak pendakwaraya persekutuan Jerman.

Mengikut undang-undang Jerman, pendakwaan antarabangsa dibolehkan mengikut prinsip bidang kuasa sejagat; ‘universal juridiction’, di mana negara-negara boleh mengambil tindakan terhadap warga asing yang melakukan jenayah di luar negara.

Selain itu, para peguam tersebut telah memetik laporan dari pertubuhan hak asasi manusia, Amnesty International dan individu terdiri daripada mereka yang mencari suaka di Jerman bagi menguatkan bukti kekejaman yang telah dilakukan oleh Assad terhadap orang awam di Aleppo antara tempoh April hingga November tahun ini.

“Kita sedang berhadapan dengan pembunuhan beramai-ramai di Aleppo secara perlahan-lahan,” jelas salah seoramg peguam tersebut, Mehmet Daimaguler.

Beliau turut memetik contoh siri pengeboman mensasarkan hospital, bom berangkai ke atas orang awam, dan pengusiran secara paksa.

Menurut ketua hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pengepungan dan pengeboman oleh pihak kerajaan yang dikuasai pihak penentang di timur Aleppo merupakan jenayah lipatan bersejarah yang mengorbankan ramai orang awam.

Zeid Ra’ad turut menambah jenayah yang meragut nyawa mereka yang tidak berdosa itu perlu dirujuk ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa untuk diambil tindakan.

Menurut sumber dipetik dari web Al Jazeera bertarikh 29 November, Kementerian Pertahanan Rusia berkata tentera kerajaan Syria telah menawan 10 kawasan perumahan dan 3,000 bangunan milik pemberontak di Aleppo.

Menurut kementerian itu lagi dalam satu kenyataan lebih 100 orang pemberontak meletak senjata mereka dan berundur dari pinggir bandar di sebelah timur Aleppo itu.

Malahan, operasi kerajaan disokong oleh ribuan militia dari Lubnan, Iraq dan Iran, serta tentera udara Rusia itu telah menyebabkan kemusnahan di bahagian timur bandar itu.

Artikel Berkaitan

JOIN THE DISCUSSION

99 − ninety one =